Luar Negara Berita

Coutinho bakal pulang ke Liverpool secara pinjaman?

Philippe Coutinho dilaporkan telah menerima tawaran dari bekas kelab, Liverpool untuk membawanya pulang secara pinjaman selama dua tahun dengan pilihan untuk membeli dengan harga £ 88 juta.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh media Itali berkata bahawa Coutinho memberi lampu hijau bagi meninggalkan Barcelona dan menyertai Liverpool.

Laporan itu turut menyebut bahawa Liverpool sedia membawa bintang Brazil kembali ke Anfield secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli.

Pemain berusia 27 tahun sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Camp Nou.

Beberapa kelab gergasi Eropah telah menyatakan minat untuk mendapatkan beliau tetapi bagi agen Coutinho, Kia Joorabchi berkata sukar untuk melihat pemainnya menyarung jersi selain daripada jersi Liverpool.

“Saya fikir Liverpool terletak sangat [dekat] dalam hatinya, dia peminat besar [Liverpool] sepanjang kempen itu [musim lepas],” katanya di tengah laporan mengenai masa depan Coutinho.

“Dia ingin mereka memenangi gelaran dan dia mempunyai pertalian yang sangat kuat di sana, jadi saya fikir ia akan menjadi sangat sukar baginya untuk pergi ke kelab selain daripada Liverpool dari sudut pandangan peribadi.”