
Manchester City mengucapkan selamat bersara kepada Peter Crouch dengan mengingatkan dia tentang salah satu gol ketika kerjayanya.
Ia adalah hari yang menyedihkan untuk bola sepak kerana Peter Crouch telah memutuskan untuk menggantung but dan tidak ada lagi bayangan penyerang tinggi lampai di atas padang selepas ini.
Beliau telah mencipta pelbagai kejayaan di peringkat kelab dan negara, dengan Manchester City mengambil peluang untuk mengingatkan pemain tersebut tentang sumbangannya kepada pasukan City.
Juara Liga Perdana itu memuatnaik video volley Peter Crouch ke atas Man City tetapi menamatkan video tersebut dengan jaringan sendiri beliau ketika masih bermain dengan Spurs.
We'll never forget THAT goal! 😉
Happy retirement @petercrouch 🤖
🔵 #mancity pic.twitter.com/sjgM2hYeQD
— Manchester City (@ManCity) July 12, 2019