Luar Negara Berita

Newcastle buru khidmat Steven Gerrard

Newcastle United dilaporkan telah menyenarai beberapa nama bagi menggantikan Rafael Benitez.

Kelab itu mengesahkan awal minggu ini bahawa pengurus kelahiran Sepanyol itu akan meninggalkan jawatannya sebagai pengurus apabila kontraknya berakhir.

“Dengan kekecewaan yang kita umumkan, Rafael Benítez akan meninggalkan NUFC apabila tamat kontraknya.” kata mereka dalam satu kenyataan.

“Kami telah bekerja keras untuk memanjangkan kontrak Rafa dalam tempoh masa yang panjang, namun ia belum, dan tidak mungkin, untuk mencapai persetujuan dengan Rafa dan wakilnya.”

Spekulasi sudah mula berlegar di kalangan media Inggeris dengan The Telegraph kini melaporkan bahawa Steven Gerrard adalah salah satu sasaran utama mereka.

Pembantu jurulatih Manchester City, Mikel Arteta juga turut berada di dalam senarai pendek bersama pengurus OGC Nice, Patrick Vieira

Gerrard kini bertanggungjawab sebagai pengurus Rangers, baru-baru ini menolak kerja di Derby County selepas kelab terbabit memberi kebenaran kepada Frank Lampard untuk bercakap dengan Chelsea.