Luar Negara Berita

Piala Dunia Wanita : Amerika Syarikat benam Sepanyol dengan jaringan kontroversi

Amerika Syarikat memerlukan dua jaringan penalti dari Megan Rapinoe – salah satunya kontroversi – untuk menewaskan Sepanyol 2-1 semalam bagi menempah tempat ke suku akhir bertemu tuan rumah Perancis pada aksi Piala Dunia wanita.

Keputusan penalti pada perlawanan kali ini berhasil melakukan debat di antara pengkritik bola sepak, tetapi Rapinoe dengan tenang menjaringkan gol kemenangan dalam 15 minit terakhir perlawanan.

Biarpun beraksi cemerlang di peringkat kumpulan, Amerika Syarikat jelas tidak mempunyai semangat yang sama pada peringkat kalah mati apabila Sepanyol mudah merobek gawang Amerika Syarikat untuk mengikat kedudukan 1-1 sebelum mereka bangkit pada separuh masa kedua.

Amerika Syarikat dan Perancis bakal bertemua pada Jumaat ini bagi menentukan tempat ke separuh akhir.

“Anda boleh bercakap mengenai taktik tetapi hati, kekecewaan dan kesungguhan – itu sebahagian besar bola sepak Piala Dunia. Tidak ada permainan yang mudah dalam kejohanan ini,” kata jurulatih AJ Jill Ellis.

“Kami tahu itu, kami telah belajar. Jadi sebahagiannya adalah bahagian mental dan saya fikir mereka hebat malam ini.”

Rapinoe menambah ; “Permainan ini hanya semakin sukar dan lebih sengit dari sini, semua orang bermain untuk hidup mereka, itulah bahagian terbaik di dalamnya secara jujur, saya suka, ini tahap terbaik.”