Luar Negara Berita

Lionel Messi telah bekerja dengan sembilan jurulatih berbeza selama 14 tahun

Jika rakan serantau Argentina iaitu Uruguay hanya menggunakan khidmat seorang ketua jurulatih, Oscar Tabarez sejak dari 2006 dan telah membimbing negara tersebut ke tempat keempat Piala Dunia 2010 dan berjaya memenangi Copa America pada 2011.

Berbeza pula buat skuad Argentina apabila mereka sudah menukar pasukan kejurulatihan sejak dari 2006.

Peminat bola sepak Eropah semestinya menikmati persembahan Lionel Messi setiap minggu apabila pemain itu bermain untuk Barcelona tetapi semestinya mereka mempunyai rasa kasihan terhadap bintang tersebut apabila beliau mewakili negara.

Ramai merasakan bahawa Argentina tidak selayaknya tewas dengan Colombia 2-0 pada perlawanan pembukaan Copa America minggu lalu. Lebih menyedihkan adalah ia merupakan kekalahan pertama Argentina ke atas Colombia sejak 2007.

Sejak Lionel Messi membuat penampilan sulung pada 2005, Argentina telah menukar sembilan jurulatih pasukan kebangsaan dan Alejandro Sabella adalah salah satu jurulatih yang pernah membawa Argentina ke pentas akhir Piala Dunia 2014 tetapi tewas di tangan Jerman.

Mereka adalah ; Pekerman (2006-2008), Alfio Basile (2008-2010), Diego Maradona (2010-2011), Sergio Batista (2011-2014), Alejandro Sabella (2014-2016), Tata Martino (2016-2017) Edgardo Bauza (2017-2018), Jorge Sampaoli (2018) dan sekarang Lionel Scaloni.