Luar Negara Berita

Dunia di bawah telapak kaki Ronaldo

Jaringan hatrik Cristiano Ronaldo menentang Switzerland pada hari Rabu lalu menyaksikan beliau telah menjaringkan 38 gol dengan negara yang berbeza dalam aksi antarabangsa.

Ronaldo menjaringkan gol pertama buat Portugal ketika menentang Greece pada Euro 2004 dan telah menjaringkan 87 gol sejak itu, termasuk 10 gol dalam kejohanan utama.

Portugal kini berada di final Nations League menentang Belanda yang menang ke atas England.

“Dia seorang bijak, ada [orang] bijak dalam melukis, memahat dan dia adalah pemain bola sepak. Tidak ada kata-kata untuk menggambarkan dia,” kata jurulatih Portugal, Fernando Santos.

“Cristiano adalah contoh yang setiap pemain muda harus ikuti,” kata Joao Felix. “Jika kami melakukannya, kami akan menjadi pemain yang hebat.

“Hari yang buruk bagi sesiapa yang tidak menyukai CR7, reaksi pertama saya ialah meletakkan tangan saya di kepala saya, saya tidak pernah melihat dia menjaringkan hatrik sebelum ini.”

“Menjaringkan tiga gol bukan sesuatu yang baru kepadanya,” kata Bernardo Silva. “Cristiano tidak perlu membuktikan apa-apa. Apa yang telah dilakukannya dalam 10 hingga 15 tahun yang lalu adalah luar biasa.

“Saya fikir dia membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang masa.”


(Filipe Amorim / NurPhoto via Getty Images) (Photo by Filipe Amorim/NurPhoto via Getty Images)

“Dia yang terbaik di dunia dan ia tidak mudah untuk bermain menentang yang terbaik,” kata Jose Fonte.

“Ronaldo adalah Ronaldo, kami tahu kualitinya, dia menunjukkan bahawa dia adalah yang terbaik di dunia dengan tiga gol,” kata Haris Seferovic dari Switzerland.

“Ronaldo memutuskan keputusan [perlawanan],” kata Xherdan Shaqiri.

“Kami bermain dengan baik, saya bangga, tetapi ada sesuatu yang membuat perbezaan: Cristiano Ronaldo,” kata Granit Xhaka.

“Cristiano? Portugal mempunyai buah ceri pada kek,” kata bos Switzerland, Vladimir Petkovic.