Liga Super Malaysia Berita

Pahang perlu lebih padu selepas Aidilfitri

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang menuntut barisan pemain Pahang memberikan aksi yang lebih padu selepas menyambut Aildilfitri.

Skuad Pahang bukan sahaja bakal beraksi dalam Liga Super malah aksi separuh akhir Piala FA.

“Saya harap apabila mereka kembali pada hari raya ketiga nanti, komitmen dan persefahaman meningkat dalam usaha memperkasakan pasukan.

“Pada masa sama, Pahang akan berdepan Perak pada aksi separuh akhir Piala FA, 23 dan 29 Jun ini.  Lebih-lebih lagi kami mahu  mempertahankan piala yang dimenangi musim lalu,” katanya.

Beliau juga mengharapkan pemain baharu dari Namibia, Lazarus Kaimbi dapat memberi kesan positif di bahagian serangan Tok Gajah.

“Sudah pasti sebagai ahli baharu dalam pasukan, kami mengharapkan Kaimbi akan cepat menyesuaikan diri dan bersedia membantu memperkuatkan jentera serangan.

“Sebagai pemain berpengalaman, Kaimbi perlu membuktikan pilihan Pahang adalah tepat untuk memperkasakan pasukan,” katanya