Luar Negara Berita

Aktiviti mengatur perlawanan melanda ke La Liga

Terdapat aktiviti mengatur perlawanan sewaktu pertembungan di antara Real Valladolid dan Valencia pada hari terakhir musim La Liga.

Perbualan suara yang direkodkan telah menjadi bukti bahawa wujud kes mengatur perlawanan yang melibatkan Raul Bravo, Carlos Aranda dan Borja Fernandez.

Walau bagaimanapun, mereka bertiga dilepaskan secara ikat jamin selepas dibacakan tuduhan di depan hakim.

Akhbar Sepanyol El Mundo telah menerbitkan rakaman ini secara eksklusif.

“Tujuh pemain disogok, tidak lebih,” kata Aranda kepada seseorang di telefon.

“Taruhan 10,000 euros dan anda akan memenangi 20,000 euro,” kata Aranda dalam perbualan yang sama.

Perlawanan diantara kedua-dua pasukan adalah antara yang terpenting dalam aksi La Liga kerana bakal menentukan tempat di Liga Juara-Juara.

Buat masa sekarang, kes masih berjalan dan disiasat oleh polis serta semua ketiga-tiga tertuduh sudah dibawa ke mahkamah.

Hakim Andel de Pedro telah menemubual suspek utama dan dari kesaksian tersebut, beliau harus memutuskan apakah beliau ingin mencari keterangan lanjut atau memulakan perbicaraaan.