Luar Negara Berita

Jika diberi peluang, Ishak Kunju mahu kendali TFC

Kerusi panas yang ditinggalkan Irfan Bakti Abu Salim di Terengganu FC (TFC)  masih tidak berpenghuni, terbaru bekas pertahanan Terengganu, Mohammad Ishak Kunju Mohammad menyatakan kesediaan beliau untuk menerajui jawatan ketua jurulatih TFC.

Ishak adalah bekas pemain pertahanan Terengganu dibawah bimbingan Abdullah Mohammad.

Beliau bermain dibahagian kiri pasukan dan pernah membantu skuad Penyu ke separuh akhir Piala FA 1997.

“Jika diberi peluang oleh PBSNT, saya sedia menyahut cabaran sebagai ketua jurulatih skuad itu biarpun sedar bakal bersaing dengan jurulatih lain yang sudah ada nama.

“Selain ingin berkhidmat dengan bekas pasukan yang pernah saya wakili lebih 20 tahun lalu, saya juga berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar kepada pemain skuad itu supaya kembali digeruni.

“Saya juga mahu buktikan mampu memberi sumbangan kepada pasukan selain sanggup kerja lebih untuk kejayaan TFC dengan berkongsi pengalaman dan falsafah saya,” katanya.