Liga Super Malaysia Berita

Kedah menang tipis ke atas Melaka United

Kedah berjaya mencatat kemenangan selesa dalam aksi ke-14 Liga Super apabila berjaya mencatat kemenangan ke atas Melaka United 2-1 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Dua gol yang dihasilkan pemain Kedah melayakkan mereka mendapat tiga mata penuh sekaligus meletakkan Helang Merah kembali ke kedudukan ke tiga selepas Selangor hanya mencatat keputusan seri.

Pada perlawanan terbabit, Melaka Unted membuka jaringan melalui penyerang berbisa Luka Mikunovic hasil daripada hantaran cantik Safiq Rahim

Kedah yang tersentak dengan jaringan terbabit berjaya mencari gol penyamaan di separuh masa kedua dengan hantaran Jonatan Bauman ditanduk Baddrol Bakhtiar untuk gol penyamaan.

Malang tidak berbau buat Melaka United apabila pertahanan daripada Korea, Jang Sukwon menampan masuk bola hantaran Farhan Roslan ke gawang gol sendiri pada minit-71