Luar Negara Berita

Ronaldo bukan pemain terbaik pilihan Messi

Cristiano Ronaldo tidak termasuk dalam senarai lima pemain terbaik pilihan Lionel Messi, malah beliau mengenepikan dirinya daripada lima pemain terbaik dunia.

Sebaliknya, Messi memilih Kylian Mbappe, Neymar, Eden Hazard, Luis Suarez dan Sergio Aguero.

Beliau ditanya semasa wawancara dengan Radio 94.7.

Walaupun dia tidak memilih Ronaldo, dia mempunyai banyak pujian untuk pemain yang menyarung jersi No.7.

“Ia bagus untuk mempunyai Ronaldo di La Liga kerana prestij yang dibawa,” kata pemain itu semasa temubual.

“Tidak termasuk dia [Ronaldo] dan saya, pemain terbaik di dunia adalah Mbappe, Hazard, Suarez, Aguero dan Neymar.”