Leicester City menyambut kelahiran bekas pemiliknya, Vichai Srivaddhanaprabha dalam situasi penuh emosi apabila berjaya mencatat kemenangan bermakna ke atas Bournemouth, 2-0.
Jaringan menerusi ketua pasukan, Wes Morgan dan Jamie Vardy melengkapkan permulaan yang baik untuk Brendan Rodgers yang mengalami kekalahan pertama sewaktu mengambil alih kelab tersebut.
Mendiang Srivaddhanaprabha terkorban pada nahas helikopter Oktober tahun lalu dilahirkan pada 4 April 1958.
Imej Srivaddhanaprabha dipamerkan di skrin Stadium King Power bersamad ungkapan ‘Sentiasa di hati kami’
“Saya fikir kami cukup bagus. Kami terpaksa bekerja keras dan ia adalah ujian sebenar buat kami,” kata Rodgers.
“Tekanan yang kami lakukan nyata berkesan dan pemain memahami taktikal yang dimahukan. Yang penting, kami memiliki 18 percubaan ke arah gol dan ia jelas sesuatu yang positif.”
Malah Rodgers juga menghamburkan pujian kepada Vardy yang sudah pun meledak empat gol dalam empat perlawanan di bawah kendaliannya