Malaysia Berita

Ahmad Amizal tak mahu komen tuntutan RM3 juta

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie memilih untuk berdiam diri apabila disoal mengenai notis tuntutan hutang berjumlah RM3 juta daripada PFA

PFA melalui Pemangku Presiden PFA, Mohamad Abdul Karim Khan Mansur memberi masa kepada Ahmad Amizal untuk menjelaskan hutang tersebut dalam masa 14 hari iaitu sehingga 9 April.

Ganti rugi ini termasuk dengan kemungkiran bekas Presiden PFA yang dilakukan sebelum ini sehingga PFA disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia.

Justeru, bekas Presiden PFA ini diminta bertanggungjawab dan menjelaskan hutang tersebut sebelum tindakan saman diambil keatasnya.

Ketika diminta mengulas, Ahmad Amizal memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Maaf saya tidak mahu komen apa apa atau mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

“Apabila saya sudah bersedia nanti, saya akan maklumkan kepada rakan media,” katanya ringkas kepada dihubungi BH Sukan, hari ini.