Malaysia Berita

Jangan politikkan bola sepak – TMJ

Bolasepak Malaysia tidak akan maju selagi wujud campur tangan daripada ahli politik, jelas Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook, Johor Southern Tigers, Tunku Ismail menyifatkan campur tangan ahli politik dalam urusan bola sepak akan merosakkan wajah bola sepak negara.

Bagi pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, bola sepak Malaysia sekarang berada di landasan yang tepat dan telah terarah kepada pengurusan yang lebih profesional.

“Malah ‘World Football Summit’ telah menjemput saya untuk berucap di Madrid, Sepanyol dan sekarang mereka akan datang ke Malaysia disebabkan kemajuan yang dicapai dalam industri bernilai jutaan ringgit ini.

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/photos/a.260410070788966/1316726948490601/?type=3&theater

“Tetapi selagi ada campurtangan dari ahli-ahli politik seperti ini, bola sepak kita di Malaysia tidak akan ke mana-mana.” kata Tunku Ismail.

Beliau turut meluahkan rasa tidak terkejut jika suatu hari nanti badan induk bola sepak dunia, FIFA mengharamkan bola sepak di negara kita.

“Saya tidak akan terperanjat jikalau FIFA mengharamkan kita satu hari nanti.

“Kita ingin memajukan bola sepak tetapi sesetengah ahli politik ingin menguruskannya sama seperti sebuah parti politik.” Kata Tunku Ismail.

Terdahulu, wujud pertikaian diantara pihak Malaysian Football League (MFL) dan rakan penaja rasmi mereka Telekom Malaysia (TM) sehingga memaksa pihak MFL membatalkan kontrak dengan TM disebabkan wujud campur tangan politik.