Dalam sejarah penubuhan kelab gergasi Real Madrid, telah ramai pegurus yang pergi meninggalkan kerusi mereka dan tidak lama selepas itu kembali mengisi kekosongan yang ditingalkan.
Terbaru, Zinedine Zidane termasuk dalam senarai pengurus yang kembali memimpin Real Madris setelah tidak sampai semusim meninggalkan Los Blancos.
Zidane diberi kontrak sehingga Jun 2022, sembilan bulan selepas dia meletak jawatan selepas melakar sejarah tersendiri dengan memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara.
Beliau memberitahu wartawan Sepanyol bahawa tawaran untuk kembali ke Real Madrid sukar ditolak.
“Apabila presiden menghubungi saya perkara pertama yang saya fikirkan adalah : pergi,” kata Zidane dalam sidang media di Santiago Bernabeu.
“Saya boleh kata tidak, saya tidak pernah rasa ragu-ragu untuk kembali.”
Solari mengalami nasib buruk sepanjang menjadi pengurus Madrid dengan mencatat tiga kekalahan besar dalam masa tujuh hari dan terkeluar daripada tiga perebutan kejuaraan – La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.
“Saya pergi kerana perlu ada perubahan yang harus dilakukan pada penghujung musim lalu, untuk kebaikan semua, selepas mencipta banyak kejayaan,” kata Zidane.
“Saya kembali kerana presiden menghubungi saya. Saya sukakannya dan cinta kelab ini, jadi di sini saya berada.”