Kolum

Empat Perubahan Besar Dalam Peraturan Bola Sepak Musim Hadapan

Penggubal undang-undang bola sepak, Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) telah mengumumkan beberapa peraturan baru yang akan dilaksanakan pada musim hadapan.

Sebilangan perubahan besar undang-undang ini bertujuan untuk mengurangkan penipuan dan aktiviti membuang masa di atas padang.

Antara perubahan tersebut adalah pemain yang diganti dibenarkan keluar daripada mana-mana bahagian padang, gol yang terkena tangan pemain tidak akan dikira, pemain penyerang tidak dibenarkan mengganggu dinding pertahanan dan jurulatih akan menerima kad.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai beberapa perubahan peraturan baru.

(Photo by AMA/Corbis via Getty Images)

1. Gol Hasil Daripada Bola Terkena Tangan

Tidak kira dengan apa niat, gol yang terkena tangan tidak akan dikira selepas ini. Biarpun ia dilakukan tanpa niat, ia tetap tidak akan dikira sebagai gol.

Bekas pengadil Liga Perdana, Dermot Gallagher berkata: “80 peratus bola yang terkena tangan yang diberikan oleh pengadil adalah tidak disengaja.

“Kami masih akan mempunyai masalah, adakah pemain tersebut telah mendepakan tangannya? adakah dia meletakkan tangannya dalam kedudukan yang tidak wajar?” kata Gallagher.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

2. Pemain Boleh Keluar Daripada Mana-mana Bahagian Padang.

Setiap kali penggantian dilakukan, pemain yang diganti harus bergerak ke garis tengah padang dan tidak dibenarkan untuk keluar daripada mana-mana bahagian padang tetapi tidak pada musim hadapan.

Musim panas tahun 2019 akan melihat peraturan baru di mana pemain akan dibenar meninggalkan padang pada mana-mana bahagian yang terdekat dengan mereka, ia bagi mengurangkan jumlah masa yang terbuang.

“Beberapa pasukan pada musim lalu telah membuat gantian pemain dengan pemain terjauh dari kawasan garis tengah padang. Ini tidak akan dikenakan lagi. Sama ada mereka membuat keputusan untuk pergi ke tempat yang terdekat atau datang ke garis tengah tetapi dalam satu situasi ia terpulang kepada pengadil,” Sky Sports memetik Gallagher sebagai berkata.

(Photo by Marc Atkins/Getty Images)

3. Jurulatih Bakal Dihukum Dengan Kad.

Sehingga musim ini, jurulatih hanya diberi amaran secara lisan untuk sebarang pelanggaran tingkah laku. Tetapi itu tidak lagi berlaku kerana mereka juga bakal terikat dengan peraturan baru, di mana bakal menerima kad kuning atau merah dari pengadil perlawanan, ia juga berdasarkan pelbagai tahap kesalahan atau salah laku.

(Photo by Alex Dodd – CameraSport via Getty Images)

4. Tiada Pemain Penyerang Di Dinding Pertahanan

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pemain penyerang dilihat selalu menggangu pertahanan lawan yang membina dinding apabila sepakan percuma diberi. Biarpun ia dianggap biasa, tetapi secara realitinya ialah untuk mengganggu pertahan lawan bagi pemain lain menjaringkan gol.

Walau bagaimanapun, ia tidak lagi dibenarkan, peraturan baru membenarkan pemain penyerang berdiri sekurang-kurangnya satu meter dari dinding pertahanan sewaktu sepakan percuma.