Luar Negara Berita

Mourinho cipta suasana yang tidak sihat – Alexis Sanchez

Alexis Sanchez yang berpindah ke United dari Arsenal pada Januari lalu telah gagal untuk menunjukkan aksi beliau yang sebenar.

Pemain berusia 30 tahun itu mengakui dia harus bermain sebagai pemain yang penting disebabkan gaji £ 505,000 seminggu dan percaya masalahnya di United adalah disebabkan kehilangan keyakinan sewaktu di bawah kendalian Mourinho.

Bercakap kepada BBC, Sanchez berkata: “Mourinho adalah salah satu jurulatih terbaik di dunia, dalam cara dia melatih, bagaimana dia mengkaji video, cara dia mengendali beberapa hal bola sepak.

Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images

“Tetapi dalam kumpulan itu terdapat perasaan bahawa anda sebenarnya berada di dalam pasukan tersebut, tetapi kemudian merasa seolah terkeluar. Kadang-kadang saya tidak bermain, kemudian ada hari dimana saya bermain, sebagai pemain anda kehilangan keyakinan.

“Beliau mencipta satu suasanan yang tidak sihat.”

Beliau menambah: “Saya telah bermain bola sepak sejak saya berusia lima tahun dan jika saya mempunyai kemudian diambil dari saya, ia seolah-olah saya telah kehilangan kegembiraan saya.”