Luar Negara Berita

Jose Mourinho Mahu Kembali, Ligue 1 Jadi Sasaran

Pasukan daripada Ligue 1 Perancis bakal menjadi tempat singgahan terbaru Jose Mourinho setelah beliau mengakui mahu kembali mengurus pasukan.

Pengendali kelahiran Portugal ini dikaitkan dengan Paris Saint-Germain yang sekarang dikendalikan oleh Thomas Tuchel.

Beliau yang dipecat daripada Manchester United pada Disember lalu telah menolak beberapa tawaran termasuk tawaran untuk mengendali Benfica, kelab di mana dia memulakan kerjayanya sebagai pengurus.

“Saya boleh bayangkan diri saya sebagai jurulatih di Ligue 1,” kata Mourinho kepada SPORTS.

“Saya seorang lelaki yang bekerja di empat negara yang berbeza. Saya suka mengetahui budaya lain. Bekerja dalam kejohanan baru akan menjadi pengalaman hebat.

“Buat masa ini saya tenang, saya cuba hidup dengan lebih baik dengan keluarga dan rakan-rakan saya dan saya bekerja dengan tenang untuk berharap peluang untuk kembali ke bola sepak.”

“Saya fikir dua hingga tiga bulan, Januari, Februari dan Mac, [tanpa pekerjaan] OK [tetapi] selepas itu lebih sukar,”

“Saya berharap dengan tenang mendapat peluang untuk kembali kuat.

“Projek ini adalah projek saya sebagai seorang individu dan sebagai jurulatih, untuk memperbaiki, menjadi lebih baik, untuk berfikir setiap hari tentang profesion saya, yang juga semangat saya.”

Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Mourinho sebagai pengurus sementara di United masih kebal dalam 11 perlawanan pertamanya  tetapi tewas akhirnya dengan PSG pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford.

Ditanya sama ada dia menyaksikan kekalahan itu, Mourinho, yang mengakui sukar untuk menyaksikan bekas pasukannya, berkata: “Tidak. Saya tidak menonton perlawanan. Saya lebih suka menonton kelab lain dan liga lain. [Di England] Saya tahu semua pemain, saya tahu semua kelab – saya tahu falsafah, bagi saya, lebih menarik untuk menonton liga lain.”