Selepas lebih 50 perlawanan berlangsung yang melibatkan semua negara daripada benua Asia. Akhirnya perlawanan akhir diantara dua pasukan telah diputuskan dengan Qatar bertemu Jepun setelah masing-masing berjaya menundukkan lawan pada aksi separuh akhir.
Berikut adalah analisa buat kedua-dua pasukan.
JAPAN v QATAR
Stadium Bandar Sukan Zayed, Abu Dhabi – 18:00, 1 Februari
Kemenangan Jepun ke atas Iran, 3-0 di Al Ain pada Isnin lalu serta kemenangan Qatar dengan pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu, 4-0 di Abu Dhabi meletakkan kedua-dua pasukan bertembung – Qatar dan Jepun – bertembung di pentas akhir buat kali pertama selepas 63 tahun.
Dengan kedua-dua pasukan membawa rekod disiplin yang baik pada saingan separuh akhir. Tiada pemain Jepun atau Qatar yang memungut kad merah dan semua pemain layak untuk tampil di pentas akhir.
Manakala dua pemain Qatar yang terlepas saingan separuh akhir – Abdelaziz Hatim dan Bassam Al Rawi – bakal kembali mengisi kesebelasan utama pasukan tersebut.
Pada perlawanan di pentas akhir nanti, salah satu daripada pasukan tersebut bakal mencatat satu sejarah baru dengan memenangi Piala Asia yang pertama manakala satu pasukan lagi akan mencatat sejarah sebagai pasukan yang paling banyak memenangi Piala Asia.
Jepun yang mempunyai rekod yang baik sepanjang berada di pentas akhir bakal menghadapi lawan sukar daripada Qatar yang bakal turun dengan motivasi yang tinggi untuk menang.
Selain daripada itu, jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu adalah sebahagian daripada skuad Jepun yang menang pada tahun 1992. Jika beliau menang edisi kali ini, beliau adalah pemain pertama yang memenangi Piala Asia sebagai pemain dan juga jurulatih.
Kebanyakkan pengalaman beliau adalah beraksi untuk pasukan Sanfrecce Hiroshima dan telah membuat 300 penampilan bersama pasukan tersebut sebelum kembali menjadi jurulatih kelab terbabit.
Melalui kendalian beliau, kelab Sanfrecce Hiroshima telah memenangi pelbagai gelaran daripada 2012 sehingga 2017.
Beliau juga pernah ditugaskan menjadi penolong jurulatih buat Akira Nishino pada Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia dan seterunya menggantikan Nishino pada Julai tahun lalu.
Sebaliknya buat Felix Sanchez yang berjaya membawa Qatar mara ke perlawanan akhir. Jika beliau menang ke atas Jepun pada pentas akhir nanti, beliau akan diingati sebagai orang Sepanyol pertama yang pernah memimpin pasukan Asia sehingga ke puncak mahkota Piala Asia.
Beliau sebelum ini adalah bekas pemain Barcelona yang menyertai Akademi Aspire pada 2006 sebelum mengambil tugas sebagai ketua jurulatih B-19 Qatar yang menang Kejohanan AFC B-19 tahun 2014. Selepas itu beliau mengambil alih tugas Jorge Fossati selaku ketua jurulatih pasukan senior Qatar dengan tugas tambahan mengurus pasukan bawah 23 Qatar dan hasilnya beliau berjaya membawa pulang trofi Kejohanan AFC B-23 pada edisi tahun lalu.
Melalui Felix, beliau telah berjaya membawa Qatar menjadi pasukan yang mantap dan melahirkan beberapa pemain bintang.
Untuk rekod kedua-dua pasukan, Qatar pernah mengalahkan Jepun 3-0 pada penampilan pertama Jepun di Piala Asia edisi 1988 sebelum seri 1-1 di Lebonan pada tahun 2000. Keputusan yang sama juga dicatatkan pada pertemuan tujuh tahun kemudia di Hanoi.
Pada saingan Piala Asia 2011, Jepun menang ke atas Qatar pada aksi suku akhir dengan jaringan 3-2.
Stadium Bandar Sukan Zayed bakal menjadi saksi kedua-dua pasukan bertemu buat kali pertama sejak 63 tahun. Stadium keramat ini pernah menjadi saksi kemenangan Arab Saudi pada tahun 1996 dan ketika itu dikenali sebagai Stadium Sheikh Zayed.