Son Heung-min adalah pemain yang mempunyai kualiti yang luar biasa. Tugas berat bakal menanti pemain tengah Bahrain, Komail Al Aswad apabila diberi tugas untuk menjaga pemain terbaik Korea Selatan pada pertemuan Pusingan 16 dalam saingan Piala Asia 2019
Son yang turun pada perlawanan ketiga menentang China pada peringkat kumpulan telah mencipta tujuh peluang untuk membantu Paulo Bento memenangi perlawanan tersebut 2-0.
Biarpun menjadi antara pemain terbaik asia, Al Aswad tetap yakin dengan kemampuan yang dimiliki pasukannya untuk menjaga pemain bintang itu menjelang perlawanan hari ini.
“Son adalah salah seorang pemain terbaik di kejohanan ini dan, pada pendapat saya, dia bermain di salah satu liga terbaik di dunia,” katanya.
“Ia akan istimewa untuk bermain menentangnya, tetapi kami fikir kami boleh menghentikannya di padang.”
Korea adalah pasukan pilihan untuk layakkan ke suku akhir, pernah mengalahkan Bahrain tahun lalu 6-0 pada perlawanan Bawah 23 Sukan Asia.
Selain daripada itu, Al Aswad mengakui merasa tekanan menjelang pertemuan dengan Korea malam ini.
“Ada tekanan kerana kami mahu memenangi perlawanan,” jelasnya.
“Sudah tentu, Republik Korea adalah lawan yang sangat sukar tetapi kami mahu menang dan layak untuk pusingan seterusnya.
“Anda boleh memanggilnya sebagai “permainan penting” kerana jika kami melakukannya dengan baik dalam perlawanan ini, ia dapat membuka banyak pintu untuk pemain kami, jadi ini adalah permainan yang sangat baik untuk terlibat.” kata beliau