Luar Negara Berita

De Bruyne Talian Hayat Terakhir Man City

Kevin de Bruyne bakal kembali mengisi kesebelasan utama Manchester City apabila pasukan kendalian Pep Guardiola akan menerima kunjungan Liverpool pada pagi Jumaat nanti. Pep bakal turun dengan misi meleburkan rekod tanpa kalah Liverpool serta merapatkan jurang mata.

Kembalinya De Bruyne setelah berehat panjang dilihat bakal memberi impak yang positif setelah pasukan Pep Guardiola menerima 3 kekalahan dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana.

Beliau yang hanya beraksi enam perlawanan pada pembukaan kempen setelah menerima kecederaan yang serius. Kecederaan tersebut memaksa beliau untuk berehat panjang serta terlepas hampir separuh daripada aksi Liga.

Pemain berusia 27 tahun ini, tidak beraksi daripada Ogos sehingga Oktober. Beliau pada mulanya mengalami kecederaan lutut, kemudian mengalami masalah betik pada awal November. De Bruyne kembali pada aksi liga menentang Leicester pada pertengahan Disember lalu, tetapi terpaksa dikeluarkan setelah mengalami masalah otot.

Guardiola, bagaimanapun, berharap De Bruyne boleh mempamerkan aksi terbaik pada hari Khamis  nanti apabila City menyambut kedatangan pasukan Jurgen Kloop

“Dia berlatih hari ini,” kata Guardiola pada media

“Esok (Khamis) kami perlu lihat lagi pada waktu pagi tetapi dia kelihatan lebih baik.”

Berbeza dengan rekod pencapaian liga baru-baru ini, Jurgen Klopp telah memenangi sembilan pertandingan liga berturut-turut, dan mempunyai rekod pertahanan terbaik, dengan hanya lapan gol berjaya ditembusi dalam 20 perlawanan musim ini.

Guardiola mengakui pasukannya sendiri harus meningkatkan rekod pertahanan mereka, serta menjadi lebih kejam dalam serangan.

“Anda perlu melihat berapa banyak peluang yang kami terima,” kata Guardiola.

“Kami adalah pasukan kedua terbaik di Eropah dari segi peluang untuk menjaringkan gol, tetapi kami tidak cukup tepat.

“Dalam beberapa perlawanan terdahulu, kami telah ditembusi dengan lebih banyak gol daripada biasa namun jumlah peluang yang kami cipta tidak menunjukkan ketajaman kami.” katanya.