Mohamadou Sumareh, pemain sayap pasukan negara digantung empat perlawanan berikuatan tindakan beliau yang kurang sopan terhadap pegawai perlawanan pada aksi final kedua Piala AFF 2018.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam sendiri di mana Sumareh bukan sahaja digantun tetapi akan didenda sebanyak AS$5,000 (RM21,000) oleh Persekutuan Bolasepak Asia Tenggara (AFF).
Memetik kata-kata Stuart Ramalingam di Berita Harian, “FAM menerima keputusan membabitkan Sumareh itu semalam (Jumaat) dan pemain itu sah dikenakan denda serta penggantungan empat perlawanan,”
FAM difahamkan akan memohon penjelasan lanjut berikut layangan kad merah itu masih dianggap misteri dan berlaku ketika pada minit akhir perlawanan menentang Vietnam di Hanoi.
“Kami sudah memohon penjelasan dan akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan itu.
“Rayuan adalah untuk mengurangkan penggantungan perlawanan kerana hukuman bukan setakat untuk aksi AFF namun bagi aksi persahabatan kita selepas ini,” katanya.