Pertahanan tengah Tottenham Hotspur, Toby Alderweireld bakal ditawarkan lanjutan kontrak untuk tempoh setahun bagi menghalang pemain itu berpindah ke Manchester United.
Perkara ini dinyatakan oleh pengurus Tottenham, Mauricion Pochettino mengenai masa depan pemain kebangsaan Belgium tersebut. Beliau yang tidak berselindung turut menyatakan bahawa akan mencetuskan klausa pada lanjutan kontrak tersebut.
“Ya, sudah pasti, ia amat jelas. Situasi sama seperti Jan (Vertonghen).”
Awal bulan ini, Spurs cuba melanjutkan kontrak pertahanan tengah, Vertonghen hingga 2020.
Alderweireld menjadi tonggak penting Tottenham sejak melakukan perpindahan dariapda Atletico Madrid pada Julai 2015. Beliau yang sudah melakukan 24 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan utara London.
Dalam masa yang sama, Pochettiona tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi biarpun pasukan beliau berada di tangga kedua dengan perbezaan enam mata di belakang Liverpool.
“Kami berada di sana kerana pasukan mempunyai kepercayaan, sebabnya kami berusaha gigih dan sudah pasti kami memiliki kualiti,” katanya.
“Sukar untuk berada di posisi kami ketika ini. Kami masih tertanya-tanya. Anda akan lihat sekiranya pasukan ini berkemampuan konsisten untuk keseluruhan musim seperti dilakukan pada babak pertama musim. Kemudian baharu anda boleh bercakap mengenai kemampuan pasukan untuk bersaing memburu sesuatu yang lebih besar.”