Eropah Berita

Mungkin Dia Yang Rindukan Saya – Ronaldo Kepada Messi

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo mencabar seteru beliau Lionel Messi untuk berhijrah ke Itali seperti apa yang beliau telah lakukan.

“Suatu hari nanti saya berharap dia dapat ke Itali. Saya berharap dia menerima cabaran seperti saya, namun jika dia gembira di sana, saya menghormatinya,” kata Ronaldo.

Beliau juga turut menjawab soalan wartawan apabila ditanya adakah beliau merindui Messi. Penyerang itu hanya menjawab tidak dan menyatakan mungkin pemain Barcelona itu yang merindui beliau.

“Tidak, mungkin dia yang merindui saya.

“Saya sudah beraksi di England, Sepanyol, Itali, Portugal dan skuad negara namun dia masih di Sepanyol.

“Mungkin dia lebih memerlukan saya…Bagi saya, hidup adalah satu cabaran, saya menggemarinya dan mahu menjadikan orang gembira.

“Dia pemain yang hebat dan baik namun tiada apa yang saya rindui di sana. Ini adalah hidup baru saya dan gembira dengannya.

“Saya meninggalkan zon selesa dan menyahut cabaran di Turin, semua berjalan lancar dengan saya sudah membuktikan masih pemain yang luar biasa,” kata Ronaldo kepada AFP.