Luar Negara Berita

Liverpool Letak Klausa Pelik Halang Pemain Berhijrah Ke Barcelona

Liverpool telah menyekat Barcelona daripada mendapatkan khidmat pemain Liverpool seperti Mohamed Salah dan Virgil van Dijk yang telah termaktub di dalam perjanjian pelik di antara dua kelab gergasi eropah itu.

Barcelona hanya boleh mendapatkan pemain Liverpool jika mereka sanggup membayar £89 juta (RM480,000,000) untuk setiap pemain sehingga tahun 2020.

Perjanjian ini dimasukkan apabila mereka menjual Philip Couthinho kepada Barcelona musim lepas bagi menyekat sebarang penjualan pemain.

Ini bermakna Barcelona perlu membayar lebih daripada £200 juta untuk mendapatkan pemain Liverpool yang sedang dalam meningkat naik seperti Salah dan Virgil van Dijk.

Barcelona sebelum ini mendapatkan Luiz Suarez walaupun Liverpool tidak mahu menjualnya tetapi didesak pemain tersebut dan terbaru Philipe Couthinho meninggalkan Liverpool setelah mendesak pihak pengurusan untuk melepaskan beliau berpindah ke Nou Camp. 

Liverpool juga turut memberi amaran kepada Barcelona untuk menghormati kontrak pemain dan akan melaporkan kepada FIFA jika terdapat situasi yang meragukan di masa hadapan dalam usaha mereka mendapatkan khidmat pemain Liverpool.