Bekas Pemain Manchester United dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo kini berdepan dakwaan rogol oleh seorang bekas model.
Beliau mendakwa bintang bola sepak Portugal itu menyerang beliau dalam sebuah bilik hotel di Las Vegas pada 2009.
Ronaldo kini bermain untuk Juventus menolak tuduhan tersebut dan mendakwa sebagai ‘berita palsu’ di Instagram.
“Apa yang mereka kata hari ini, palsu – berita palsu,” kata bintang pasukan nasional Portugal berusia 33 tahun itu dalam satu muat naik yang kemudiannya dipadamkan.
Tuduhan tersebut difailkan di mahkamah daerah Nevada dalam aduan 32 muka surat oleh Kathryn Mayorga,34 tahun.
Dalam saman itu, Mayorga mendakwa beliau dipaksa menandatangani perjanjian kerahsiaan dan menuntut pampasan ganti rugi berjumlah AS$200,000 (RM828,000).