Kajian & Analisis Piala Dunia 2018

Tribe Ratings Pemain: Farfan tonggak utama Peru, Denmark ambil peluang curi tiga mata

Kegagalan Christian Cueva untuk menyempurnakan penalti telah diambil oleh Denmark untuk mencuri tiga mata menerusi jaringan tunggal daripada Yussuf Yurary Poulsen.

Biarpun Peru mendominasi perlawanan dan banyak mengasak kubu Denmark, kesilapan di barisan pertahanan mereka telah menjadi punca kepada kekalahan mereka. Mari kita lihat rating pemain-pemain dalam perlawanan ini.

Ratings Pemain Peru

Pedro Gallese - 5/10

Membuat beberapa aksi menyelamat yang bagus. Tetapi mungkinkah Gallese terlalu kurus untuk menjadi penjaga gol? Mudah untuk pemain serangan mendominasinya.

Miguel Trauco - 4/10

Ada dua versi pemain pertahanan Peru. Pemain tengah mereka cukup mantap untuk mengekang serangan Denmark, tetapi pemain bek mereka pula menjadi punca kepada jaringan Denmark. Trauco gagal mengawal Poulsen yang begitu bebas dan dapat mudah berlari ke arah gol untuk jaringan Denmark.

Christian Ramos - 6/10

Ramai tahu Denmark akan menggunakan kelebihan fizikal mereka terutamanya ketika situasi set piece. Dengan pemain seperti Kjaer, Christensen dan Jorgensen mereka dijangka akan mendominasi pemain pertahanan Peru ketika situasi set piece. Namun, Ramos berjaya menunjukkan bahawa mereka tidak akan tewas bersaing fizikal.

Alberto Rodriguez - 6/10

Berdepan pasukan yang mempunyai kelebihan fizikal, gandingan Rodriguez dan Ramos cukup mantap. Denmark tidak dapat menembusi dua pemain ini menerusi hantaran tinggi. Malang bagi mereka apabila pemain bek pula yang melakukan kesilapan dan menghancurkan segala usaha mereka.

Luis Advincula - 4/10

Jika Trauco gagal mengawal Poulsen, Advincula pula menyebabkan Poulsen tidak offside kerana terlalu lambat untuk naik ke atas dan menyedari Denmark sedang membuat serangan.

Renato Tapia - 7/10

Bermain baik untuk melindungi barisan pertahanan Peru. Beraksi sebagai pemusnah untuk Peru, sukar untuk Eriksen, Delaney dan William Kvist memegang bola dengan lama kerana Tapia sentiasa ada untuk menekan mereka.

Yoshimar Yotun - 6/10

Beraksi sebagai duo pemain tengah bertahan bersama Tapia, Yotun memainkan peranan penting untuk menghubungkan barisan pertahanan dengan serangan. Tenaga tinggi yang ditunjukkannya ketika menekan barisan tengah Denmark menyukar

Edison Flores - 5/10

Berbanding Carrillo dan Cueva, Flores mungkin kurang dilihat memberikan impak berbanding dalam trio di belakang Farfan.

Andre Carrillo - 7/10

Seorang pemain yang rajin dan pantas. Larian pantas dan sering menukar sayap membuatkan pemain pertahanan Denmark sukar mengawalnya. Namun, dia kekurangan dari segi membuat keputusan yang tepat.

Christian Cueva - 7/10

Menjadi pembantu dan punca kreativiti di belakang Farfan. Beberapa kali dia mengancam kubu Denmark dan berjaya mendapatkan sepakan penalti. Malangnya, mungkin rasa gugupnya membuatkan dia menyepak terlalu tinggi dan gagal menyempurnakan penalti.

 

Jefferson Farfan - 7/10

Sebagai salah seorang pemain senior dalam skuad Peru, Farfan memimpin dari hadapan. Dia menggunakan kelajuan dan semangatnya untuk memberi ancaman kepada Simon Kjaer dan Andreas Christensen.

Pemain gantian

Paolo Guerrero masuk menggantikan Edison Flores

Raul Ruidiaz masuk menggantikan Jefferson Farfan

Pedro Aquino masuk menggantikan Renato Tapia

 

Ratings Pemain Denmark

Kasper Schmeichel - 6/10

Anak kepada penjaga gol lagenda, Peter Schmeichel ini nampaknya akan menggunakan kejohanan ini untuk keluar daripada bayangan bapanya. Beberapa kali menyelamatkan keadaan untuk Denmark dan nampak tenang biarpun Peru banyak menyerang.

Jens Stryger Larsen - 5/10

Dia bernasib baik kerana berdepan Flores yang kurang efektif. Tetapi apabila berdepan Carillo, Larsen bergelut untuk menyaingi kepantasannya.

Andreas Christensen - 4/10

Kalau bukan kerana Kjaer, mungkin Denmark sudah bolos. Christensen nampak gugup dan banyak melakukan kesilapan. Dia gagal menyaingi kepantasan pemain Peru yang pantas dan tidak menggunakan ketinggiannya ketika situasi 'set piece'.

Simon Kjaer - 6/10

Bertahan lebih baik berbanding Christensen. Ketua pasukan Denmark ini beberapa kali menyelamatkan keadaan untuk Denmark.

Henrik Dalsgaard - 5/10

Dengan Carillo, Farfan dan Cueva sering bertukar tempat, pemain bek Denmark sukar untuk mengawal mereka. Beberapa kali memerlukan bantuan Sisto untuk membantunya ketika Peru menyerang.

Thomas Delaney - 5/10

Diberi tekanan hebat oleh barisan tengah Peru membuatkan pemain baru Borussia Dortmund ini sukar untuk merancang serangan bersama Eriksen.

Christian Eriksen - 6/10

Bukan hari untuk Eriksen. Beberapa sentuhannya tidak kemas dan dia tidak dapat menggunakan kreativiti sepenuhnya dalam perlawanan ini. Hantarannya juga tidak berapa tepat, namun di sebalik persembahan yang tidak cukup bagus darinya, dia tetap dapat membuat satu hantaran tepat kepada Yussuf Yourary Poulsen yang menjaringkan gol.

William Kvist - 4/10

Terpaksa dikeluarkan pada minit ke 35 ekoran kecederaan.

Pione Sisto - 6/10

Sisto memang dikatakan antara pemain muda yang perlu diberi perhatian dalam Piala Dunia kali ini. Dia menunjukkan keyakinan tinggi dan beberapa kali mengancam kubu Denmark. Juga sering membantu pertahanan ketika diserang.

Yussuf Yurary Poulsen - 8/10

Menjadi punca serangan Denmark. Dengan Eriksen kurang menyerlah, pemain berusia 24 tahun ini yang banyak merancang serangan ke kubu Peru bersama Sisto. Membuat larian tepat dan dengan sentuhan penyudah mantap untuk menjaringkan gol pembukaan Peru.

Nicolai Jorgensen - 5/10

Ketinggian Jorgensen tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana bahagian tengah Denmark kurang membuat hantaran kepadanya. Sukar menembusi pertahanan tengah Peru.

Pemain gantian

Lasse Schone masuk menggantikan William Kvist

Martin Braithwaite masuk menggantikan Pione Sisto

Mathias Jorgensen masuk menggantikan Andreas Christensen