Uruguay berjaya memulakan kempen Piala Dunia 2018 dengan nada positif selepas jaringan lewat Jose Gimenez membantu mereka menewaskan Mesir di Ekaterinburg Arena malam ini.
Mesir turun beraksi tanpa Mo Salah, namun anak buah Hector Cuper tampil dengan aksi yang positif, terutamanya pada babak pertama. Namun, Uruguay berjaya bangkit semula pada pertengahan babak kedua, sebelum Gimenez menghancurkan hati jutaan rakyat Mesir pada minit ke-89.
Berikut adalah beberapa perkara yang kami perhatikan ketika perlawanan tadi: