Berita Piala Dunia 2018

Pemain-pemain Asia yang perlu diberi perhatian di Piala Dunia 2018

Setakat ini, kejayaan terbesar pasukan Asia di Piala Dunia adalah ketika Piala Dunia 2002 di mana Korea Selatan berjaya mara ke separuh akhir. Selain daripada itu, cabaran pasukan Asia kebanyakannya terhenti di peringkat kumpulan.

Lima pasukan yang biasa membawa nama Asia di Piala Dunia seperti Korea Selatan, Jepun, Iran, Arab Saudi dan Australia ini sebenarnya mempunyai ramai pemain berbakat yang juga beraksi di Eropah. Mari kita lihat siapa pemain Asia yang akan menjadi harapan bagi pasukan masing-masing.