
Melalui buku yang berjudul Das Reboot, dikeluarkan pada 2015, ia menyebutkan bagaimana Jerman bangkit dalam dunia bola sepak. Proses panjang selama lebih satu dekad itu mencapai hasil terbaik, menjulang Piala Dunia pada 2014.
Aa yang berlaku ketika ini dalam skuad Jerman adalah proses generasi semula untuk mencipta angkatan baru selepas kelompok Manuel Neuer, Mesut Ozil, Thomas Muller dan Toni Kroos meledak buat pertama kali ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Nama pemain yang disenaraikan dalam Das Reboot akan mewarisi nilai serta falsafah bola sepak Jerman kepada generasi baru seperti Joshua Kimmich dan Timo Werner
Namun, situasi ini tidak sebaik ketika mereka akan berentap di Piala Dunia 2014 sebelum memenanginya. Ketika itu, Neuer dan rakan sepasukan berada di usia matang. Lebih-lebih lagi, FC Bayern Munich merupakan kelab yang meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah dan menewaskan satu lagi wakil Jerman, Borussia Dortmund, kira-kira setahun sebelum itu. Terdapat Meistergeist atau ‘semangat juara’ yang terus terjaga sehingga akhirnya mereka berpesta di Brazil susulan kejayaan menundukkan Argentina di final.
Situasi kini agak berbeza kerana kelab Jerman tidak banyak menampilkan aksi memukau di peringkat Eropah. Neuer yang merupakan penjaga gol utama dan kapten pasukan masih diragui kecergasannya. Tambahan pula, mereka masih mencari penyerang utama selepas Miroslav Klose bersara.
Generasi baru sememangnya tampil hebat ketika Piala Konfederasi 2017 tetapi tentunya pengalaman mereka di pentas sebesar Piala Dunia masih cetek. Lebih-lebih lagi, baru-baru ini dua orang pemain mereka, Kimmich dan Antonio Rudiger, didapati bergaduh ketika sesi latihan.
Barisan pemain
Pengurus pasukan, Joachim Low, memanggil 27 orang pemain yang mungkin akan dibawa ke Russia dan senarai itu dikecilkan kepada 23 pada 3 Jun lepas. Sebanyak sembilan orang pemain merupakan sebahagian daripada skuad yang menjadi juara empat tahun lepas iaitu Neuer, Ozil, Muller, Kroos, Sami Khedira, Matthias Ginter, Jerome Boateng dan Mats Hummels. Petanda bahawa Jerman inginkan generasi semula tentunya berjalan dengan bagus, tidak terlalu pantas dan menyeluruh.
BREAKING: Leroy Sane has not been included in Germany’s World Cup squad 🇩🇪 pic.twitter.com/XX0quG4rHl
— B/R Football (@brfootball) June 4, 2018
Namun, kejutannya adalah keputusan Loew untuk tidak membawa Leroy Sane ke pentas Piala Dunia, walaupun pemain sayap itu tampil dengan aksi yang cukup cemerlang buat pasukan Man City yang berjaya merangkul trofi EPL musim ini.
Jangkaan formasi
Low tampak masih akan menggunakan formasi 4-2-3-1, yang akan berubah kepada 3-6-1 atau 3-4-3 dalam sesetengah perlawanan. Beberapa pemain masih dipertimbangkan, terutamanya posisi penjaga gol dan bek tengah lain untuk menemani Hummels.
Bagaimanapun, jentera serangan seperti sudah terjamin dan sah. Ozil akan bermain selaku pemain tengah menyerang sambil Muller akan beraksi sebagai penyerang atau sayap kanan, posisi yang diduduki ketika Piala Dunia 2010. Sayap kiri yang sering diisi Lukas Podolski sejak 2006 akan cuba direbut sama ada Sane, Marco Reus serta Julian Draxler.
Kekuatan
Bidang sains sukan jerman tentunya menjadi pembantu yang sangat baik ketika mereka beraksi di Russia nanti tetapi kekuatan sebenar mereka terletak pada nilai serta falsafa bola sepak mereka sendiri. Ia sebenarnya menjadi faktor kekuatan mental Jerman untuk beraksi lebih baik berbanding pasukan lain serta menjadikan mereka pasukan besars di Piala Dunia selama bertahun-tahun.
Kelemahan
Masalah penjaga gol sebenarnya tidak terlalu besar. Sekiranya Neuer masih belum pulih sepenuhnya, mereka masih memiliki dua penjaga gol berkualiti iaitu Marc-Andre ter Stegen dan bernd Leno. Masalah utama mereka sebenarnya adalah penyerang. Sudah dinyatakan sebelum ini bahawa Die Mannschaft masih belum menemui penyerang ampuh selepas Klose bersara.
Sementara penyerang lain yang dipanggil Low adalah Mario Gomez, pemain yang semakin ditelan usia. Tambahan pula, Muller lebih banyak terlibat dalam membantu jaringan berbanding meraih gol peribadi. Mereka sememangnya mampu mencipta 43 gol ketika aksi kelayakan tetapi sudah pasti pasukan di Piala Dunia memberikan cabaran lebih sukar. Sebenarnya, pemain muda, Timo Werner, mampu menjadi pertaruhan utama di barisan depan tetapi ketika Piala Dunia dijalankan, dia masih belum berusia 23 tahun, sekaligus menimbulkan persoalan tentang kekuatan mentalnya.
Pemain utama: Thomas Muller
Sejak melakukan debut pada Piala Dunia 2010, Muller tampil hebat. Walaupun baru berusia 20 tahun ketika itu, dia mengejutkan banyak pihak dengan catatan lima gol. Di Piala Dunia seterusnya, Muller sekali lagi menduduki senarai penjaring terbanyak dengan lima gol.
Hanya dalam dua edisi Piala Dunia sahaja dia sudah menyumbat 10 gol dan berada begitu dekat dengan Klose yang memegang rekod penjaring terbanyak dengan 16 gol. Walaupun terdapat perbezaan gaya permainannya dalam dua musim terakhir, dia masih diharapkan untuk terus menghadirkan jaringan kemenangan buat Jerman.
Peluang di Piala Dunia
Jerman adalah sebuah pasukan yang memiliki rekod luar biasa. Mereka muncul pasukan paling kerap tampil di pusingan akhir Piala Dunia iaitu sebanyak lapan kali dan aksi terbaik tentunya pada 2014. Namun, Jerman tetap Jerman, pasukan yang sudah biasa bertarung di pentas Piala Dunia. Mereka