Kami kembali dengan sebelas pemain terbaik Asia Tenggara pada minggu ini (22-28 Mei). Dihasilkan melalui kerjasama dengan rakan-rakan dari Asia Tenggara, 11 pemain ini dibarisi oleh dua wakil dari Liga Super Malaysia. Siapakah mereka? Lihat di bawah.
GK – Michael Falkesgaard
Penjaga gol dari Filipina berketuruna Denmark ini menampilkan aksi cemerlang. Dia membawa Bangkok United mendapatkan satu perlawanan tanpa dibolosi ketika menewaskan Chainat FC 1-0.
CB – Le Van Phu
Penampilan Van Phu awalnya mengecewakan kerana fizikal yang merudum setelah usia menjengah 35 tahun. Namun, pemain Hai Phong FC ini menunjukkan kualiti hebat sewaktu pasukannya menewaskan Khan Hoa FC 3-0 pada minggu ini. Dia berjaya mengekang pergerakan penyerang asing, Youssouf Toure.
CB – Kunihiro Yamashita
Alasan utama daripada kejayaan Perseru Serui meraih dua perlawanan tanpa dibolosi pada minggu ini adalah hasil kelibat Kunihiro Yamashita. Dia beraksi cemerlang sewaktu menentang PS Tira dan Sriwijaya FC.
Foto: VIVA
CB – Victor Igbonefo
Igbonefo beraksi cemerlang buat Persib Bandung dalam perlawanan terakhir yang berakhir seri tanpa jaringan dengan Bali United. Dia benar-benar kukuh di barisan bawah Maung Bandung.
Foto: Persib Bandung
CM – K. Gurusamy
Gurusamy tidak beraksi pada tahap maksimum dalam semua aksi musim ini. Namun, pemain PKNS FC ini beraksi cemerlang ketika mengekang Johor Darul Ta’zim 0-0. Dia sangat teguh dan tenang ketika menjalankan tanggungjawab selaku pemain tengah bertahan.
Foto: PKNS
CM – Do Hung Dung
Hung Dung memainkan peranan utama ketika membawa pasukannya, Hanoi FC, menang ke atas FLC Than Hoa dengan keputusan 4-3. Dia menjadi perancang serangan dan menyumbat satu gol yang menarik.
CM – Liridon Krasniqi
Krasniqi mempamerkan kebolehannya untuk menyumbat gol dalam dua aksi bersama Kedah FA pada minggu ini. Dia menyumbat satu gol dalam aksi bertemu Pahang FA dan Selangor FA, membantu pasukannya meraih kemenangan.
Foto: Kedah FA
AM – Makan Konate
Ketika Sriwijaya FC berdepan PSIS Semarang, Konate mencipta tiga bantuan gol! Dia menyumbang tiga daripada empat jaringan pasukannya ke gawang PSIS dan memegang watak penting sebagai arkitek serangan Sriwijaya.
FW – Heberty Fernandes
Fernandes telah menyumbat dua gol menarik ketika membantu pasukannya, SCG Muangthong United, membelasah Pattaya United 4-0.
FW – Ha Minh Tuan
Minh Tuan menjadi pemain tempatan Vietnam pertama yang meraih hatrik pada musim ini. Pemain Quang Nam FC ini melakukannya ketika menang 5-2 ke atas Nam Dinh FC.
FW – Sarawut Masuk
Sarawut memberikan perpisahan indah buat Nakhon Ratchasima sebelum kembali bersama Bangkok Glass FC. Dia menyumbat dua gol ke gawang Chiangrai United dan menghadiahkan tiga mata.
Setuju dengan pilihan panel penulis Football Tribe di seluruh Asia Tenggara?