
Seperti biasa, David De Gea muncul pemain terbaik Manchester United musim ini, walaupun Jose Mourinho pernah berkata bahawa sebuah pasukan jelas mengalami masalah jika penjaga golnya menjadi pemain terbaik mereka. Tidak mustahil untuk berkata bahawa United mungkin sekadar bermain di Europa League musim depan, sekiranya beraksi tanpa De Gea musim ini.