Luar Negara Eropah

Statistik: 10 pemain yang paling rajin berlari di pentas Liga Juara-Juara Eropah musim ini

Perbandingan yang selalu dilakukan antara pemain-pemain di Eropah adalah dari segi kepantasan. Namun, salah satu aspek yang sering diketepikan adalah tahap kerajinan seorang pemain di atas padang.

Sebagai contoh, Park Ji-Sung sering dilabel sebagai ‘Three-Lung Park’ ataupun pemain yang mempunyai tiga paru-paru, ketika beraksi untuk Manchester United kerana dia sering rajin berlari di atas padang.

Berdasarkan statistik yang disediakan oleh UEFA, kami telah mengumpul senarai sepuluh pemain yang paling rajin berlari di pentas UEFA Champions League, ataupun Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Berikut adalah 10 pemain tersebut:

10. KEVIN STROOTMAN

Pasukan: AS Roma
Jumlah Penampilan: 11
Jumlah Masa Beraksi: 839 minit

Jumlah Jarak Larian: 108.835km

9. TONI KROOS

Pasukan: Real Madrid:
Jumlah Penampilan: 11
Jumlah Masa Beraksi: 862 minit

Jumlah Jarak Larian: 109.936km

8. ALEX SANDRO

Pasukan: Juventus
Jumlah Penampilan: 10
Jumlah Masa Beraksi: 900 minit

Jumlah Jarak Larian: 110.526km

7. RADJA NAINGGOLAN

Pasukan: AS Roma
Jumlah Penampilan: 11
Jumlah Masa Beraksi: 959 minit

Jumlah Jarak Larian: 111.549km

6. CRISTIANO RONALDO

Pasukan: Real Madrid
Jumlah Penampilan: 12
Jumlah Masa Beraksi: 1080 minit

Jumlah Jarak Larian: 112.065km

5. JAMES MILNER

Pasukan: Liverpool
Jumlah Penampilan: 10
Jumlah Masa Beraksi: 791 minit

Jumlah Jarak Larian: 113.647km

4. EDIN DZEKO

Pasukan: AS Roma
Jumlah Penampilan: 12
Jumlah Masa Beraksi: 1078 minit

Jumlah Jarak Larian: 114.568km

3. JOSHUA KIMMICH

Pasukan: Bayern Munich
Jumlah Penampilan: 11
Jumlah Masa Beraksi: 897 minit

Jumlah Jarak Larian: 114.677km

2. ROBERTO FIRMINO

Pasukan: Liverpool
Jumlah Penampilan: 12
Jumlah Masa Beraksi: 966 minit

Jumlah Jarak Larian: 119.227km

1. ALEKSANDAR KOLAROV

Pasukan: AS Roma
Jumlah Penampilan: 12
Jumlah Masa Beraksi: 1080 minit

Jumlah Jarak Larian: 128.862km