Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee dan penolongnya Brad Maloney akan mula berangkat ke Sepanyol untuk menimba ilmu kejurulatihan bersama kelab La Liga Atletico Madrid dan skuad kebangsaan Sepanyol selama sebulan.
Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin menerusi satu siaran di laman Facebook rasmi FAM pada hari ini.
Inisiatif ini diambil oleh Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bagi membantuk Kim Swee dan barisan kejurulatihan skuad bawah 23 tahun negara mempersiap pasukan untuk bersaing di Sukan Asia 2018, di Indonesia pada Ogos depan.
Dengan pemergian dua jurulatih ini, adakah kita akan melihat corak permainan ala Diego Simeone di Atletico atau rentak tiki-taka Sepanyol?