Malaysia Liga Super Malaysia

“Saya masih menunggu tawaran dari Malaysia” – Ramon Marcote

Masih ingat kepada Ramon Marcote?

Suatu masa dahulu, jurulatih yang berasal dari Sepanyol itu pernah membimbing pasukan Kedah di pentas final Piala Malaysia. Namun, beliau terpaksa meninggalkan Malaysia selepas tidak menerima sebarang tawaran daripada Kedah FA untuk musim 2016.

Sekarang, Marcote kembali menjadi jurulatih di akademi Atletico Madrid di Sepanyol tetapi beliau masih menabur harapan untuk kembali bekerja di Malaysia suatu hari nanti.

“Saya tidak terikat dengan mana-mana kelab dan sedang mengintai beberapa peluang (menjadi jurulatih). Pengalaman di Kedah masih kuat di hati. Saya boleh mengingati setiap kena­ngan ketika bersama mereka dan pengalaman itu benar-benar berharga dalam karier saya,” ujar Marcote kepada Kosmo!

“Jika ada tawaran dari Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk kembali ke sana kerana sejujurnya, suasana bola sepak Malaysia benar-benar me­ngagumkan. Saya mahu kembali ke sana jika ada peluang. Namun, sehingga hari ini masih tiada sebarang tawaran rasmi dan saya akan menunggu serta menilai setiap tawaran yang diberikan,”

Pada pertengahan tahun ini, Marcote dikaitkan dengan posisi ketua jurulatih di Kedah selepas Tan Cheng Hoe dilantik sebagai penolong ketua jurulatih untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Namun, Kedah akhirnya membuat keputusan untuk memberi posisi tersebut kepada Nizam Adzha Yusoff.