Felda United berjaya meraih kemenangan sengit ke atas pasukan Johor Darul Ta’azim malam ini selepas mengatasi mereka 3-2 di Stadium Shah Alam.
Pasukan kendalian B. Sathianathan itu membuka jaringan pada minit ke 27 melalui Thiago Augusto, sebelum JDT berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 39. Junior Eldstal berjaya menebus kesilapan menghadiahkan gol pertama Felda dengan menjaringkan gol penyamaan.
Tetapi, Felda berjaya mendahului pasukan JDT sekali lagi apabila Ifedayo menjaringkan dalam masa tambahan untuk menjadikan skor 2-1 di penghujung babak pertama.
Tidak berapa lama selepas babak kedua dimulakan, Junior Eldstal ditunjukkan kad kuning kedua, dan sekaligus kad merah selepas mengasari Wan Zack Haikal. Keputusan ini jelas meralihkan lebih momentum ke arah pasukan tuan rumah, yang terus meningkatkan serangan mereka.
Namun, JDT berjaya mengikatkan kedudukan sekali lagi pada minit 57, kali ini melalui gol yang dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera.
Skuad Sathia tidak menunjukkan sebarang tanda putus asa dan mereka diberi ganjaran untuk usaha mereka pada minit ke-64. Thiago Augusto berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dan sekaligus membantu pasukan The Fighters untuk meraih kemenangan yang cukup bermakna.