Menurut satu kemaskini dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, venue bagi perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA 2017 masih belum dipastikan.
Sejurus tamat perlawanan semalam juga, Khairy Jamaluddin memuatnaik satu tweet yang menyatakan akan mempertimbangkan permintaan ketua jurulatih Malaysia U22, Dato’ Ong Kim Swee bagi menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir dan bukan Stadium Nasional Bukit Jalil.
Esok @KL2017 akan umumkan details untuk perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA. Pandangan @OKS_HarimauMsia akan diambil kira tentang venue.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 26, 2017
Sebentar tadi beliau juga telah memberikan kepastian bahawa penganjur kejohanan Sukan SEA 2017 akan membuat pengumuman berkenaan venue perlawanan akhir tengahari nanti.
We will be announcing the venue for the SEA Games football final this afternoon.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) August 27, 2017
Nantikan pengumuman rasmi dari pihak penganjur sebentar sahaja lagi.