Chelsea bersetuju dengan perjanjian bersama Real Madrid bagi yuran perpindahan bernilai 70 juta pound (RM389 juta) dan bakal mencipta rekod perpindahan ke kelab juara Liga Perdana Inggeris itu dengan bayaran awal 58 juta pound.
Berdasarkan laporan media Britain, pemain itu bakal mengikat kontrak selama lima tahun, yang dianggarkan berjumlah 7.9 juta pound setahun. Menurut Morata alasan kukuh dia menyertai The Blues adalah disebabkan Antonio Conte.
“Saya memilih untuk pergi ke kelab yang mempunyai kepercayaan dari seorang jurulatih dan ia sangat hebat bagi saya.
“Ia seperti musim pelik bagi saya. Pelbagai perkara yang berlaku.
“Di akhirnya, jika diberi keizinan Tuhan, saya akan bersama dengan sebuah kelab hebat yang telah inginkan saya sejak beberapa tahun sebelum ini.
“Saya sangat gembira. Saya telah menjalani latihan keras. Apa sahaja yang akan datang, tujuan saya sangat jelas.
“Amat berat untuk tinggalkan Real Madrid, tetapi saya berharap semuanya akan lancar apabila bersama Chelsea nanti,” ujar Morata ketika ditemuramah oleh AS.