Liga Super Malaysia

Ramalan FIFA Ranking Malaysia Bakal Menjunam Teruk

Menurut jadual pengumuman rasmi FIFA ranking, kemaskini akan datang akan diumumkan pada Khamis, 6 Julai 2017 – 3 hari sahaja lagi.

Football Tribe Malaysia, seperti kebiasaannya akan membuat ramalan bagi kedudukan pasukan kebangsaan dalam setiap kemaskini terbaru. Bagi kemaskini Julai 2017 ini, berdasarkan analisis yang dibuat, ranking FIFA Malaysia bakal menjunam ke ranking sekitar 166 hingga 170 berbanding kedudukan pada kemaskini Jun 2017 – ranking 155, dengan pungutan keseluruhan sebanyak 119 mata.

Jika Malaysia menghuni ranking 170, kedudukan paling rendah berdasarkan 119 mata yang dikutip, bakal menyamai ranking pada Disember 2017, dan juga merupakan kedudukan kedua paling rendah dalam sejarah FIFA Ranking dari tahun 1993.

FIFA Ranking

Kedudukan Ke 5 Asia Tenggara

Berdasarkan keputusan kelayakan Piala Dunia 2018 dan kelayakan Piala Asia 2019 yang terbaru juga, majoriti negara-negara Asia Tenggara telah berjaya mencatatkan kemenangan atau sekurang-kurangnya seri, dan ini adalah penyumbang terbesar kepada mata FIFA Ranking mereka.

Filipina kekal sebagai pendahulu Asia Tenggara dengan ramalan akan berada di ranking 125-127, Thailand di ranking 130-132, Vietnam di ranking 132-135, dan Myanmar di ranking 155-158.

 

Perancangan Menaikkan Ranking Perlu Disegerakan

Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), perlu mengambil tindakan segera untuk menangani isu ranking ini dari terus melarat.

‘Intelligence’ untuk ranking FIFA ini perlu ada dalam persatuan untuk memberikan input ‘off-field’ kepada pengurusan tentang bagaimana untuk membantu menaikkan ranking selain dari keputusan diatas padang yang perlu juga selari.

Kami ada menyentuh tentang isu bagaimana India mampu berada dalam Top 100 pada artikel yang lalu, dan ramalan untuk India kali ini, mereka akan berada pada ranking 98 dunia. Bagaimana mereka lakukan? AIFF mempunyai staff ‘ranking intelligence’ sejak 2 tahun lalu yang menyertai mereka.

 

Kedudukan AFC MA Ranking Terjejas

Malaysia masih kekal pada kedudukan ke 6 AFC MA Ranking, tetapi Hong Kong telah merapatkan jurang selepas berjaya seri bertemu Jordan dalam perlawanan persahabatan dan seri bertemu DPR Korea dalam kelayakan Piala Asia 2019.

Jumlah perbezaan sekarang adalah sekitar +0.6052 mata sahaja.