Di Jepun populariti sukan bola sepak sudah cukup tinggi walaupun masih berada dibelakang sukan utama mereka iaitu baseball. Tahap populariti yang semakin tinggi ini menarik minat kanak-kanak Jepun untuk menyimpan cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional.
Dengan tahap profesionalisme yang tinggi membuatkan para ibu-bapa di Jepun menggalakkan anak-anak mereka menceburi karier sebagai pemain bola sepak profesional tanpa perlu memikirkan banyak perkara yang remeh.
Disini kami cuba tunjukkan aturan perjalanan pemain muda di Jepun untuk menjadi pemain profesional.
Bagaimana seseorang kanak-kanak Jepun boleh memilih jalan untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Terdapat 2 pattern utama yang mampu membawa mereka menjadi pemain profesional. Iaitu selepas tamat sekolah tinggi dan tamat pengajian universiti.
1) Tamat Sekolah Tinggi
- J Club Junior Youth > Sekolah Tinggi > PRO
- J Club Junior Youth > J Club Youth > PRO
- City Club > High School > PRO
- City Club > J Club Youth > PRO
- Junior High School > J Club Youth > PRO
- Junior High School > High School > PRO
2) Tamat Pengajian Universiti
- J Club Junior Youth > J Club Youth > Universiti > PRO
- J Club Junior Youth > High School > Universiti > PRO
- City Club > J Club Youth >University > PRO
- City Club > High School > University > PRO
- Junior High School > J Club Youth > University > PRO
- Junior High School > High School > University > PRO
Nota: Ada juga pemain yang memilih cara yang berbeza dan berjaya menjadi pemain profesional. Tetapi cara diatas adalah yang paling banyak digunakan.
Sebagai contoh dan inspirasi kepada kanak-kanak, berikut merupakan cara/jalan pilihan pemain skuad kebangsaan Jepun ketika ini.
- Shusaku Nishikawa (GK): Yokkaichi Minami SSC > Usa FC Junior Youth > Oita Trinita U15 > Oita Trinita U18 > Oita Trinita / Sanfrecce Hiroshima / Urawa Reds
- Yuto Nagatomo (DF): Kanbai SS > Saijokita Junior High School >Higashi Fukuoka High School > Meiji University > FC Tokyo/ Cesena / Inter Milan
- Makoto Hasebe (MF): Aojima Higashi SSS > Aojima Junior High School > Fujieda Higashi High School > Urawa Reds/VfL Wolfsburg/Nurnberg/Eintracht Frankfurt
- Honda Keisuke (FW): Settsu FC > Gamba Osaka Junior Youth > Seiryo High School > Nagoya Grampus > VVV Venlo/CSKA Moscow/AC Milan
Jika diperhatikan kepada skuad utama Jepun baru-baru ini, dari 23 pemain, 19 daripadanya merupakan pemain yang memilih jalan dalam kategori (1) Tamat Sekolah Tinggi, ( J Club Junior Youth > J Club Youth > PRO ).
Peluang sentiasa ada di mana-mana
Cara diatas ini tidak akan menjamin seseorang pemain itu bergelar profesional. Cuma ia adalah data yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan bakat-bakat muda. Tidak ada betul atau salah.
Sebagai contoh, Keisuke Honda berjaya menjadi sebahagian dari pasukan Gamba Osaka Junior Youth. Tetapi beliau tidak berjaya diterima masuk ke Gamba Osaka Youth.
Kemudian beliau menyertai Seiryo High School. Sekarang lihat dimana karier beliau sebagai pemain bola sepak.
Peluang menjadi pemain pro sentiasa terbuka untuk pemain muda Jepun. Walaupun mereka tidak terpilih masuk ke pasukan remaja J League.
Selain itu, terdapat juga pemain muda yang tidak berjaya menjadi pemain profesional selepas tamat sekolah tinggi. Contohnya Yuto Nagatomo dan Yoshinori Muto.
Mereka masuk ke Universiti dan meenghidupkan kembali peluang untuk menjadi pemain profesional.
Nagatomo menyertai pasukan Meiji Universiti dahulu sebelum dipikat oleh FC Tokyo. Muto pula dari Keio University sebelum diikat FC Tokyo.
Sekarang Nagatomo dan Muto masing-masing bermain untuk kelab utama Eropah. Nagatomo bermain di Inter Milan dalam Serie A dan manakala Muto beraksi untuk Mainz 05 di Bundesliga.
Roadmap menjadi pemain profesional perlu jelas
Diperingkat ini, bakat-bakat muda perlu diberi pendedahan diperingkat awal bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, persekitaran serta keupayaan fizikal dan mental.
Ini adalah supaya mereka dapat mengharungi jalan demi mengejar impian sebagai pemain bola sepak profesional.
Inilah yang berlaku dalam senario bola sepak Jepun.
Jika kita “terjun” lebih dalam sedikit untuk melihat bagaimana mereka merancang untuk bakat-bakat muda ini, kita boleh ‘nampak’ bagaimana mereka mampu “bermimpi” menjadi ikon bola sepak Jepun suatu hari nanti.