Nilai perpindahan pemain atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris, “Players Transfer Fee”, sentiasa menjadi tarikan utama kepada seluruh peminat bola sepak dunia semasa musim membeli pemain berlaku terutamanya di eropah. Kadang kala, nilai perpindahan ini dilihat semakin tidak mampu untuk dikawal lagi, sehingga ada yang memberikan tawaran yang gila.
Walaupun begitu kita masih belum dapat untuk menyaksikan ‘fenomena’ ini berlaku dalam liga tempatan kita disebabkan beberapa faktor yang kurang jelas. Apa yang wujud adalah cuma ‘penebusan’ kontrak sedia ada serta ‘saguhati’.
Apapun yang sedang berlaku, persoalannya adakah kita tahu bagaimana dan apakah faktor yang biasanya diambil kira untuk menentukan nilai perpindahan seseorang pemain itu?
Editorial Football Tribe Malaysia cuba menyenaraikan 9 Faktor Utama Yang Menentukan Nilai Perpindahan Pemain Bola Sepak seperti dibawah.
1) Status Pemain Dalam Skuad
Perkara ini sangat penting untuk proses penilaian seseorang pemain yang mahu direkrut.
Kami memecahkan faktor ini kepada 4 perkara yang mungkin menentukan mahal atau murahnya nilai perpindahan pemain bola sepak.
- Pemain ‘Indispensable’ kepada pasukan
- Pemain yang penting kepada pasukan utama
- Pemain yang berharga dalam pasukan
- Pemain ‘back up’ pasukan utama
Setiap kategori pemain diatas memiliki pembolehubah yang berbeza bergantung kepada dalam kategori mana mereka diklasifikasikan.
2) Umur
Nilai sesebuah perpindahan juga mengambil kira umur seseorang pemain sebagai salah satu pemberat utama. Ini adalah disebabkan jangka masa penggunaan seseorang pemain itu adalah ‘harga’ yang dibayar oleh kelab yang mahu mendapatkan khidmat mereka. Disamping itu, proses ‘jualan semula’ akan berlaku lebih tinggi jika seseorang pemain itu berada dalam lingkungan 26-30 tahun melainkan prestasi semasa mereka menyatakan sebaliknya.
3) Talent
Berdasarkan laman web statistik Opta, terdapat 4 jenis indikator untuk memberikan data yang jelas berkenaan persembahan seseorang pemain.
Type A : Menentukan seseorang pemain itu berada dalam top 10% dalam posisinya.
Type B: Menentukan seseorang pemain itu berada dalam top 25% dalam posisinya.
Type C: Menentukan seseorang pemain itu berada dalam top 40% dalam posisinya.
Type D: Menentukan seseorang pemain itu berada dalam top 60% dalam posisinya.
Disini pentingnya data dan statistik dalam bola sepak terutamanya Liga Malaysia. Kita akan dapat ‘insight’ yang lebih jelas untuk setiap pemain dalam menentukan berapa bagus pemain itu beraksi dan bukan sekadar pertimbangan menggunakan mata kasar sahaja yang terbukti silap!
4) Status Liga
Semakin tinggi prestij atau kualiti sesebuah liga itu, secara tidak langsung akan menaikkan nilai seseorang pemain yang beraksi dalam liga itu. Walaupun pemain itu tidaklah tersohor, namun status dalam ‘resume’ beliau tercatat pernah beraksi dalam sebuah liga berprestij dunia sedikit sebanyak akan menjadi ‘value adds’ kepada dirinya dikemuadian hari.
5) Posisi Premium
Attacking midfielder, central dan posisi di kawasan ‘wide area’ dalam ‘final third’ dan penyerang merupakan posisi premium dalam bola sepak. Jika dibandingkan dengan posisi penjaga gol serta posisi pertahanan, majoriti kelab akan mempertimbangkan untuk berbelanja lebih bagi pemain dalam posisi premium ini. Namun ada juga beberapa pemain dalam posisi pertahanan tergolong dalam senarai ‘transfer fee’ termahal dunia tetapi kelab lebih cenderung kepada posisi di ‘final third’.
Disebabkan ‘demand’ dari kelab untuk membayar harga yang lebih bagi posisi ini, ia akan mengakibatkan ‘transfer fee’ pemain posisi ini jauh lebih tinggi dan diklasifikasikan sebagai ‘premium position’.
6) Adaptability Level
Perkara ini juga amat dititik beratkan oleh pengurusan pasukam ketika membuat keputusan untuk membawa seseorang pemain ke dalam pasukan.
‘Trend’ terkini pengurus kelab bola sepak adalah dengan melihat beberapa faktor ‘non-football’ bagi menentukan kos serta keputusan terhadap seseorang pemain.
- Life Style – Memerhatikan ‘behaviour’ pemain samada senang atau susah untuk dikawal
- Intelligence – Sejauh mana kemampuan seseorang pemain itu memberi reaksi positif terhadap situasi yang berbeza didalam padang
- Attitude – Perkara ini mampu memecah-belahkan harmoni sesebuah pasukan dan ia perlu diperhatikan secara dekat.
- Personality – Kebolehan yang mampu membawa ‘keuntungan’ atau ‘kerugian’ kepada kelab dan penaja secara langsung atau tidak.
Jika seseorang pemain itu telah berada dalam ‘short list’ seseorang pengurus, itu bermakna mereka sudah membuktikan ‘football-related’ kriteria sudah mencukupi tetapi faktor ‘non-football’ seperti diatas mampu mengubah sesuatu keputusan.
7) Susut Nilai ( Depreciation )
Secara asasnya susut nilai dalam bola sepak dikira berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang pemain seperti peningkatan umur, prestasi kemuncak, kecederaan dan sebagainya. Ini akan berbeza kepada setiap pemain dan penilaian ini perlu dilakukan dengan teliti oleh pihak pengurusan kelab sebelum ‘finalize’ jumlah yang dipersetujui untuk membuat tawaran dan negosiasi.
Mengambil contoh umur, ada pemain yang berada pada ‘peak’ ketika berumur 23-24 tahun dan ada yang pada umur 29-32 tahun. jadi proses penilaian depriciation ini berbeza bagi setiap pemain justeru pelbagai faktor perlu mendapat penelitian sebelum tindakan diambil.
8) Image Rights
Kelab bola sepak perlu lebih bijak untuk memanfaatkan perkara ini terhadap pemain-pemain mereka yang berpotensi kerana ia bakal meninggikan lagi nilai ‘transfer fee’ sekiranya berlaku ataupun menjana ‘commercial revenues’ dar pemain itu.
Pemain yang popular biasanya akan menjadi ‘duta’ kepada pasukan dalam menjalankan aktiviti kelab terutamanya merchandise. Kemampuan seseorang pemain itu untuk ‘boost’ jualan juga adalah diantara perkara yang termasuk dalam menentukan tinggi atau rendahnya nilai perpindahan nanti. Kelab lama akan kehilangan ‘jualan’ dan kelab baru akan memperolehi ‘pendapatan’, dan kehilangan ini akan dimasukkan dalam nilai akhir.
9) Status Icon
Perkara ini rumit untuk dibicarakan tetapi pemain berstatus ikon ini merupakan aset penting kelab didalam dan diluar padang. Apa indikator yang menentukan status ikon atau tidak?
Secara mudahnya, kita boleh menilai status ini dimiliki oleh seseorang pemain itu atau tidak berdasarkan beberapa perkara yang memberikan impak langsung kepada kelab seperti:
- Pertambahan revenue dari aktiviti komersil kelab
- Peningkatan jualan tiket perlawanan / pas bermusim
- Kontrak besar bersama stesen TV
- Sambutan dalam perlawanan pra musim
Jika ya, ini bermakna seseorang pemain itu pasti akan mempunyai nilai transfer yang tinggi walaupun prestasi didalam padang adalah sederhana. Namun keputusan untuk membawa pemain yang mampu menjadi ‘booster’ kepada nilai komersil ini perlu diperhalusi sebaiknya supaya tidak memberikan impak negatif terhadap prestasi persembahan pasukan didalam padang.