Berita

Warrix Sah Penaja Rasmi Jersi Pasukan Kebangsaan Thailand 2017

Mulai tahun 2017, Warrix akan menggantikan Grand Sport sebagai pengeluar rasmi jersi pasukan kebangsaan Thailand yang bernaung dibawah Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Warrix telah berjaya mendapatkan kontrak itu selepas bersaing dengan 2 lagi pengeluar lain termasuk Grand Sport dan Wara yang berjaya sampai ke peringkat akhir pemilihan. Kontrak selama 4 tahun itu akan berakhir pada tahun 2020 dan dilaporkan bernilai 400 juta Baht/ RM47 juta.

Menurut sumber dari FAT, Warrix dipilih sebagai pengeluar rasmi adalah berdasarkan faedah yang bakal diterima FAT sendiri, ‘value’ kepada bola sepak Thailand serta ‘marketing plan’ yang dilihat bakal meningkatkan lagi ‘value’ bola sepak Thailand secara keseluruhannya. Warrix telah menyatakan akan membuat 2 pecahan dari nilai 100 juta Baht setahun kepada FAT iaitu 40 juta Bath/RM4.6 juta tunai dan 60 juta Bath/RM7.1 juta  untuk nilai barangan.

Nilai terbaru ini adalah 5 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh Grand Sport sekarang kepada FAT – iaitu sekitar 20 juta Baht/RM2.4 juta  sahaja setahun.

14322647_1145700305509691_8426325407911745911_n

Manakala, Grand Sport masih kekal sebagai pembekal rasmi bola kepada semua perlawanan dibawah naungan FAT – dan nilai terbaru dikatakan berjumlah 44 juta Baht dengan kontrak 4 tahun.

Dari segi harga jersi pula, Warrix telah bersetuju untuk meletakkan harga yang lebih murah 100 baht daripada pesaing mereka sekarang – Grand Sport, dari 990 baht kepada 890 baht sehelai – sekitar RM105 untuk menarik minat penyokong Thailand mendapatkan jersi original pasukan kebangsaan mereka.

Menurut wakil dari Warrix, mereka akan menyiapkan sebanyak 200,000 helai jersi semasa majlis pelancaran pada 1 januari 2017 nanti. Warrix akan mengedarkan jersi ini kepada semua wakil jualan seluruh Thailand, termasuk ‘Official Store’ yang akan dibina serta jualan secara online bagi memudahkan penyokong Thailand mendapatkan jersi baru itu nanti. Warrix akan menggunakan pelbagai ‘channel’ untuk memastikan semua orang akan mampu untuk memiliki jersi kebanggaan mereka ini nanti.