Football Channel Malaysia mendapatkan pandangan daripada Ketua Scout Team Urawa Reds Diamond – En. Yoshimasa Miyazaki berkenaan tugas mereka sebagai scout team kepada sebuah gergasi bola sepak Jepun.
1) Apakah tugas scout team Urawa Reds?
En. Yoshimasa Miyazaki:
Tugas utama kami sebagai scout team Urawa Reds adalah sebenarnya bergantung kepada perancangan dari pihak pasukan utama kelab samada untuk jangka masa pendek atau panjang. Sebagai contoh, jika pemain diposisi pertahanan pasukan utama Urawa Reds ramai yang sudah tua, pihak pengurusan akan meminta kami untuk mencari pemain muda dan berkeupayaan untuk diserapkan kedalam pasukan. Dari situ, tugas kami bermula untuk mengesan mana-mana pemain yang diperlukan bagi pasukan utama.
Namun, ia sedikit berbeza dari segi terminologi “scout team” di Jepun berbanding negara luar terutamanya eropah.
Di Jepun, kami hanya lebih fokus kepada mengesan bakat-bakat baru diperingkat Universiti dan sekolah tinggi sahaja berbanding diluar negara yang juga merangkumi proses negosiasi dan sebagainya. Jepun telah mencapai satu tahap yang berbeza berbanding eropah dalam perspektif pendidikan jasmani/luar kelas, dan ini menyebabkan peningkatan keperluan scout team.
2) Bagaimana proses mendapatkan pemain ini dilakukan sebenarnya?
En. Yoshimasa Miyazaki:
Kebiasaannya, pelajar tahun 3 sekolah tinggi Jepun ( tingkatan 6 ), yang menyertai kejohanan bola sepak seluruh Jepun pada hujung tahun sudah pun memilih haluan masing-masing. Kami lebih fokus kepada pelajar tahun 1 atau 2 sahaja. Jika ada pemain yang berpotensi, kami akan menyenaraikan mereka dalam satu ‘list’, dan kemudian akan berhubung dengan pasukan masing-masing berkenaan hasrat untuk mengambil pemain ini setahun akan datang.
Tetapi sekarang ada juga pemain yang telah menyertai latihan bersama kelab-kelab bola sepak dan seterusnya terpilih mewakili pasukan tersebut. Pemain-pemain ini akan diperhatikan dengan lebih dekat oleh beberapa pihak seperti ketua jurulatih, scout team dan sebagainya. Jika mereka menepati kriteria yang diperlukan oleh pasukan, kelab akan menandatangani pemain itu. Kes ini biasanya melibatkan pemain-pemain diperingkat Universiti.
Sebagai contoh, pemain yang datang menyertai kami pada umur 22 tahun dan jika tidak mencapai tahap diserap ke pasukan utama (impak segera), mereka samada akan dipinjamkan ke kelab lain atau pun akan berpindah terus dari pasukan.
Manakala bagi pemain yang diambil dari sekolah tinggi, kami akan memerhatikan kemajuan mereka sehingga umur 21 tahun sebelum memutuskan untuk diserap kedalam pasukan utama atau tidak.
3) Aspek apakah yang diambil kira semasa menilai pemain?
En. Yoshimasa Miyazaki:
Ianya berbeza mengikut posisi. Sebagai contoh bagi posisi penyerang, lebih fokus kepada ketinggian. Ketinggian ini bukan hanya bermaksud tinggi seseorang pemain. Sebagai contoh, pemain yang tidak berapa tinggi tetapi mempunyai lompatan yang bagus dan mampu menguasai perebutan bola tinggi. Jika pemain itu mempunyai ketinggian, namun tidak mempunyai lompatan yang tinggi serta mudah tewas dalam perebutan bola tinggi. Ini antara faktor yang perlu kami perhatikan.
Selain itu, kami juga melihat kepada ‘speed’, teknik / kemahiran, gerakan badan, ‘agility’, gerakan atau penggunaan tangan dan beberapa faktor ain lagi.
Dari semua diatas, 3 elemen paling penting yang selalu kami tumpukan adalah Teknik/Kemahiran, ‘Speed’ dan Ketinggian. Dahulu, jika seseorang pemain itu mempunyai salah 1 dari elemen tersebut sudah dikira bagus, namun sekarang jika tiada sekurang-kurangnya 1 elemen yang cemerlang serta 1 elemen yang sederhana, ratio untuk pemain itu berjaya amat sukar pada pendapat saya.
Seterusnya, ada juga pemain yang mempunyai kawalan bola yang cukup bagus serta gerakan badan yang mampu memperdaya lawan. Mereka tidak laju tetapi mampu membuat hantaran dicelah-celah pemain lawan tanpa mampu dihalang. Sebagai contoh, Makoto Hasebe. Kami melihat Hasebe sebagai seorang pemain yang cukup hebat pada zaman sekolah tinggi dahulu. Mengapa?
” Hasebe akan memerhatikan kearah mana ‘gravity center’ pemain lawan. ”
Jika ‘gravity center’ pemain itu lebih kearah kiri, beliau akan terus menghantar bola berdekatan dengan kaki kiri pemain itu dengan sepantas mungkin. Kenapa? Kaki kiri pemain itu sedang menampung berat badannya dan bola hantaran itu terus melepasi tanpa mampu disekat. Sebaliknya jika hantaran dilakukan kesebelah kanan pemain lawan, ia mampu disekat kerana ‘gravity center’ pemain lawan adalah disebelah kiri. Ini antara ‘talent’ Hasebe yang berjaya kami kesan.
4) Apakah pemain-pemain ini diambil selepas menerima nasihat atau pandangan dari jurulatih mereka?
En. Yoshimasa Miyazaki:
Benar, dan kebiasaannya adalah begitu. Suzuki Keita – kami pada mulanya datang untuk melihat pemain lain dan bukannya Keita. Secara teknikalnya beliau bukanlah seorang yang ‘outstanding’. Tetapi dari segi keperibadian atau Ningen-sei, Suzuki Keita cukup cemerlang. Orang seperti ini mampu membawa kepada penyatuan pemain-pemain dalam pasukan dan menjadikan ‘environment’ pasukan lebih ceria dan selesa.
Pemain seperti ini walaupun dari segi teknikalnya kurang berbanding pemain lain, namun sifat mereka yang sentiasa gigih dan tidak berputus asa mampu membawa mereka ketahap lebih baik. Dan disebabkan perkara seperti ini, Urawa Reds telah bersetuju membawa masuk Suzuki Keita.
5) Ningen-sei ini juga penting bagi anda sebagai Scout Team?
En. Yoshimasa Miyazaki:
Ningen-sei juga penting sebenarnya. Tetapi jika Ningen-sei sahaja tanpa langsung ada bola sepak secara teknikal – kami juga tidak akan mempertimbangkan seseorang pemain itu. Namun, jika Ningen-sei disertakan dengan teknikal/kemahiran bola sepak yang bagus, saya percaya seseorang pemain itu mampu pergi lebih jauh.
Contoh terbaik yang saya boleh nyatakan disini adalah Shinji Ono. Beliau mempunyai pakej lengkap dari segi Ningen-sei dan bola sepak. Ono akan risau jika orang disekelilingnya mempunyai masalah dan cuba untuk membantu. Selain itu, beliau juga tidak cepat marah kepada mana-mana orang sebaliknya cuba memikirkan kenapa ia berlaku dan cuba menyelesaikannya.