Liga Super Malaysia

Karen Harutyunyan Pemain Import Terbaru Terengganu Menggantikan Gustavo Lopez?

Selepas kecederaan serius yang dialami oleh Gustavo Lopez, pasukan Terengganu berada dalam keadaan terdesak untuk mengisi ruang yang ditinggalkan. Gustavo disahkan tidak dapat beraksi dalam baki musim 2016 dan telah tidak didaftarkan bagi separuh kedua Liga Super 2016.

Karen Harutyunyan, pemain tengah dari Armenia yang beraksi dengan FC Pyunik dalam Armenia Premier League ini telah didaftarkan secara rasmi mengikut senarai perpindahan rasmi yang dikeluarkan oleh FMLLP semalam.

2016-07-20_2-03-13

FC Pyunik menamatkan musim 2015/2016 dikedudukan ketiga Armenian Premier League, mengutip 48 mata dari 28 perlawanan, hasil 13 menang, 9 seri dan 6 kalah. Mereka layak beraksi dalam kalayakan Europa League pusingan pertama.

Liga bola sepak utama Armenia ini hanya mempunyai 8 pasukan dan mereka akan bermain 4 pusingan bagi melengkapkan 28 perlawanan – 2 kali home, 2 kali away.

2016-07-20_1-24-41

Mengikut rekod yang kami ambil dari web rasmi FC Pyunik, Karen Harutyunyan ini berumur 21 tahun dan mempunyai caps bersama U21 Armenia. Tiada rekod penampilan liga dan gol dijaringkan bersama FC Pyunik dicatatkan.

Sebelum berpindah ke FC Pyunik, Karen Harutyunyan beraksi bersama FC Banants dan membuat 10 penampilan liga tanpa sebarang gol sejak awal musim 2015/2016. Dan selepas berpindah ke FC Pyunik hanya 2-3 kali sahaja pemain ini disenaraikan untuk perlawanan namun tiada sebarang penampilan.

Nota: Kami mempunyai senarai rasmi senarai pemain bagi setiap perlawanan di Armenia Premier League yang jelas menunjukkan samada Karen Harutyunyan tersenarai atau tidak.

1893199_w2
Karen Harutyunyan ketika beraksi bersama FC Banants

Jika benar pihak PBSNT telah rasmi menandatangani Karen Harutyunyan, ia bakal menyebabkan penyokong Terengganu sendiri ‘ternganga’.

Persoalan yang akan pasti muncul dari penyokong Terengganu adalah, bagaimana pemain ini dipilih untuk separuh kedua Liga Super 2016?

Dengan masa yang cukup singkat sebelum pintu perpindahan ditutup, atas ‘basis’ apa pemain berusia 21 tahun ini dipilih untuk didaftarkan, memandangkan statistik perlawanan beliau musim lalu tidak membayangkan beliau seorang yang ‘power’.

Kita nantikan kenyataan dari pihak persatuan bagi menjelaskan perkara ini.

 

p/s: Sila like Facebook Football Channel Malaysia untuk berita dan informasi lebih pantas.