Malaysia Berita

Malaysia menang tipis ke atas Thailand, sekali lagi jadi mangsa pengadil

Malaysia hanya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini bermakna, Malaysia hanya mempunyai kelebihan 1 gol untuk di bawa ke separuh akhir kedua di Bangkok.

Skuad negara mendahului seawal minit ke-11 apabila hantaran Sharul Nazeem ditanduk oleh V Ruventhiran sebelum bola itu disudahkan oleh Faisal Halim.

Thailand menguasai perlawanan di separuh masa pertama dan kedua namun setiap serangannya berjaya dipatahkan oleh skuad negara.

Namun, skuad negara sekali lagi jadi mangsa pengadil di separuh masa kedua.

Penyokong bersorak gembira apabila sepakan percuma Lee Tuck ditanduk oleh Dominic Tan pada minit ke-52 namun gol itu dibatalkan secara kontroversi oleh pengadil kerana kekasaran.

Ini meskipun kekasaran itu adalah kesilapan pertahanan dan penjaga gol Thailand.

Bagaimanapun, keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.

Malaysia akan bertemu Thailand pada Selasa, 10 Januari ini.