Liga Super Malaysia Berita

Kedah akan bincang soal pelantikan presiden, isu tunggakan gaji esok

Mesyuarat Majlis Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bakal membincangkan soal pelantikan presiden dan isu tunggakan gaji esok.

Sinar Harian melaporkan, mesyuarat itu juga akan menyentuh isu pengurusan kewangan dan tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan luar biasa.

Laporan itu juga menyebut selepas surat peletakan jawatan daripada kepimpinan sebelum diproses secara rasmi, mesyuarat luar biasa akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, mesyuarat itu akan memberi peluang kepada ahli gabungan KFA menyenaraikan calon presiden dan naib presiden sebelum presiden yang dilantik memilih setiausaha kehormat.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor dijangka menjadi calon jawatan presiden KFA yang baharu.

Pelantikan baharu perlu dibuat selepas krisis politik Kedah yang berpanjangan menyebabkan tunggakan gaji pemain masih belum diselesaikan sehingga ke hari ini.