Malaysia Berita

Zainal Abidin diiktiraf lebih hebat daripada Pele

Akaun Twitter rasmi Globe Soccer Awards mengejutkan ramai apabila mengeluarkan senarai penjaring terbanyak skuad kebangsaan yang menunjukkan penyerang negara Zainal Abidin Hassan menjaringkan lebih banyak gol daripada legenda bolasepak Brazil, Pele.

Zainal cukup dikenali peminat pada era bolasepak 1980an hingga 1990an.

Beliau sendiri pernah beraksi bersama legenda bolasepak negara Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan R Arumugam.

Zainal banyak menjaringkan gol ketika Sukan Sea, Sukan Asia, Pestabola Merdeka serta Piala Tiger 1996 yang menyaksikan beliau meraih pemain terbaik kejohanan.

Secara keseluruhannya, Zainal menjaringkan 55 gol untuk skuad kebangsaan dalam perlawanan kompetitif dan 23 gol dalam perlawanan menentang kelab, skuad All-Star dan skuad kebangsaan B.

Beliau kini merupakan jurulatih Melaka United.