Kolum Eropah

Kisah lucu Casemiro

Jika disebut nama Casemiro, pasti ramai peminat bola sepak mengenali beliau sebagai seorang pemain tengah bertahan. Tetapi, tahukah anda kisah sebenar disebalik posisi asalnya ketika di Sao Paulo?

Casemiro menceritakan kisah lucu yang disiarkan melalui Marca, mengapa beliau mengubah posisi dalam sukan bola sepak. 

Ketika berumur 11 atau 12 tahun, Casemiro menjalani sesi ujian bersama Sao Paulo yang melibatkan 300 pemain. Sao Paulo hanya akan memilih 50 pemain terbaik daripada 300 pemain yang hadir.

‘Saya bermain di posisi serangan kerana memiliki fizikal yang baik tetapi saya teringat ketika itu jurulatih menanyakan kepada pemain yang hadir berapa bilangan yang bermain sebagai penjaga gol dan hanya terdapat tiga pemain. Kemudian dia bertanya pula pada pemain yang bermain di posisi serangan dan 50 orang pemain mengangkat tangan’, ujar pemain tengah Real Madrid itu.

(Photo by Patricio Realpe/Getty Images)

Casemiro menambah,’Jurulatih kemudian bertanya berapa ramai yang bermain di posisi no 10 diatas padang dan 50 lagi pemain mengangkat tangan.’

Untuk memudahkannya terpilih, dia terpaksa menukar posisi kepada pemain tengah bertahan kerana hanya terdapat lapan pemain sahaja yang mengangkat tangan ketika itu. 

Casemiro juga memuji pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane dan mengakui mereka mempunyai hubungan baik sebagai pemain dan pengurus pasukan. Kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mengemudi barisan tengah Real Madrid begitu membantu dalam memperbaiki kualiti permainan.

‘Saya akan mendapatkan bola seolah-olah itu adalah makanan terakhir saya’, katanya dihujung wawancara.