Pahang bangkit menundukkan PKNS FC 2-1 bagi memberi tekanan kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam semalam.
Kemenangan ini membezakan pasukan Tok Gajah dengan Harimau Selatan hanya dengan dua mata sekali gus membolehkan mereka memberi tekanan kepada JDT.
Pahang juga masih bertahan dengan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan liga setakat ini.
Pahang bermula garang pada minit ke-10 menerusi sepakan percuma yang berjaya ditepis Mohd Zarif Irfan Hashimuddin.
Sedang leka mengatur serangan, PKNS FC membuat serangan balas pada minit-13 menerusi Kpah Sherman yang membuat larian solo sebelum melorong bola kepada Chang Vathanaka untuk gol pembukaan PKNS.
Tersentak dengan gol pertama tuan rumah, Pahang mengasak lebih garang dan hasilnya pada minit ke-24 mereka memperoleh gol penyamaan menerusi Dickson Nwakaeme untuk keputusan 1-1.
Pelawat hampir pasti berada di hadapan tetapi penjaga gol PKNS, Mohd Zarif bertindak cemerlang untuk menafikan cubaab deras Jose Eduardo de Almeida.
Gol kemenangan yang dicari Pahang akhir muncul pada separuh masa kedua melalui Jose Eduardo setelah keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol PKNS dimanfaatkan oleh beliau pada minit ke-75.