“Manchester United ada masa depan tanpa saya dan saya juga ada masa depan tanpa United,” Itulah ungkapan pertama beliau sewaktu ditemu bual oleh wartawan Sky Sport sehari selepas beliau dipecat oleh kelab gergasi England, Manchester United.
Beliau dipecat pengurusan United selepas gagal membawa The Red Devils beraksi dengan baik musim ini apabila meletakkan Manchester United ditangga ke-6 selepas 17 perlawanan.
“Kenapa saya perlu berkongsi perasaan saya, walaupun dengan penyokong? Memang itu cara saya.
“Saya dianggap sebagai pengurus yang kritikal, meninggalkan kelab dan bercakap apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang patut dipersalahkan. Itu bukan cara saya.
“Saya mahu menamatkannya, sama seperti apa yang berlaku semalam dan saya suka katakan, semuanya sudah berakhir. Saya harap media menghormati cara dan pilihan saya.
“Sehingga saya kembali ke dunia bola sepak, saya mempunyai hak untuk hidup secara normal. Itulah yang saya mahu lakukan. Isu United, semuanya sudah berlalu.
Terbaru, beberapa media United mengatakan bahawa Jose Mourinho telah mencipta satu keadaan yang tidak baik di United dengan beberapa siri kelakuan beliau yang kurang menyenangkan. Beliau juga dikatakan tidak pernah bertegur sapa dengan staff medikal selama 18 bulan, mereka hanya dihubungi melalu email.
Hubungan beliau dengan pemain juga dingin apabila terdapat nama-nama besar yang digugurkan daripada menjadi penolong kapten serta tidak diturunkan sewaktu United berhadapan lawan besar.
Tetapi bagi Jose Mourinho, beliau hanya akan mengenang memori manis sewaktu mengurus United dan tidak akan menyalahkan sesiapa.
“Anda semua kenal saya. Saya tidak berubah, apa yang saya lakukan ketika meninggalkan Chelsea adalah sama seperti apa yang saya lakukan sekarang,” kata Mourinho.
“Saya kenang apa yang baik dan saya tidak bercakap apa yang berlaku di kelab. Kita patut berbicara banyak perkara yang baik, walaupun tidak sebaik mana, tetapi itu bukanlah diri saya. Semua sudah berakhir,”
Untuk rekod, Jose Mourinho berjaya membawa Manchester United memenangi Liga Europa, Piala Liga dan kembali ke Liga Juara-Juara pada tahun pertama beliau di United.